[RASMI] Team Bosskurr kembali ke MPL MY musim kelapan

Pasukan Rahasia dan SDGR EA EBLZ adalah dua pasukan Mobile Legends yang rasmi layak ke Liga Profesional (MPL) MY musim kelapan.

Dalam satu kenyataan media oleh Moonton, mereka mengumumkan pasukan Rahasia kini diambil alih oleh Team Bosskurr.

Mereka juga mengumumkan dua pemain veteran iaitu Neo dan Aim (bekas pemain Orange Esports) dan Kuja sebagai jurulatih.

Pastinya berita ini mengejutkan semua kerana sebelum ini Team Bosskurr tidak layak ke playoffs musim lalu kerana kedudukan tercorot ketika musim liga yang lalu.

Musim liga akan berlangsung setiap Jumaat hingga Ahad bermula 13 Ogos ini hingga 3 Oktober.

Sebanyak 10 pasukan yang akan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM420,000). Kejohanan ini bagaimanapun akan diadakan secara dalam talian bagi menjaga keselamatan dan kesihatan kesemua pemain serta krew terbabit.

Pemain akan bertanding hanya dari gaming house dan fasiliti sehingga notis seterusnya.

Sebelum ini, MPL MY dimenangi oleh RSG MY yang mengambil pemain baharu seperti Lolealz, Izanami dan Zacus.

RELATED NEWS

+