[RASMI] uHigh masuk BTR

Semalam kita dikejutkan dengan berita pemain PUBG Mobile Malaysia, Muhammad Dhiya Ulhaq (uHigh) sudah meninggalkan Team Secret dan ramai yang tertanya-tanya ke manakah hala tuju pemain muda yang berbakat itu.

Tidak lama kemudian, Bigetron (BTR) mengumumkan kemasukan uHigh ke dalam pasukan mereka melalui perkongsian di akaun Instagram rasmi mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Bigetron Esports (@bigetronesports)

Kehadiran uHigh ke dalam pasukan itu pasti akan memperkuatkan lagi firepower yang dimiliki BTR, malah ada yang mengatakan salah seorang pemain robot merah itu akan berehat dan diggantikan dengan uHigh.

Ada di antara netizen mengatakan bahawa Zuxxy yang akan berehat dari arena professional tidak lama lagi. Sejauh mana kebenaran itu pasti akan terungkai tidak lama lagi. 

Mampukah uHigh membawa BTR menjulang piala PMGC kali ini? Kita bakal saksikan.

Seringkali digelar sebagai salah seorang pemain PUBG Mobile yang tersohor, beliau juga pernah mendapat pujian dari BTR Zuxxy, mengatakan uHigh adalah salah seorang pemain PUBG yang paling sukar pernah dia hadapi.

Kemahirannya dalam mengawal recoil sangat dipandang tinggi oleh pasukan lain, beliau tidak mudah panik di dalam perlawanan dan akan mengawal permainan itu untuk menjadi kelebihan buat pasukannya.

Menyertai pasukan Team Secret pada tahun 2020, uHigh tidak pernah bertukar ke pasukan yang lain sejak itu. Juara PMPL MYSG 2020 itu pernah bertanding di kejohanan dunia PUBG Mobile pada 24 November tahun lalu dan berjaya mendapatkan tempat ketujuh bersama pasukannya. 

Beliau juga pernah menjadi juara PMPL MYSG S1 dan S2 serta pernah menjadi Terminator sepanjang dua musim itu.

uHigh juga pernah menjadi pemain terbaik (MVP) di Grand Final PMPL MYSG S2.

RELATED NEWS

+