[RASMI] YB Dato’ Sri Reezal Merican Menteri Belia Dan Sukan Baharu

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini rasmi mengumumkan YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican sebagai Menteri Belia dan Sukan baharu bagi Kabinet Malaysia 2020. Sebelum ini, jawatan tersebut disandang oleh Ahli Parlimen Muar dan Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

YB Dato’ Sri Reezal adalah ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang. Timbalannya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Adakah beliau akan terus menyokong inisiatif Blueprint yang pernah digariskan oleh KBS sebelum ini dan meneruskan dengan perancangan menjadikan Malaysia sebagai hab e-sukan di Asia Tenggara? Bagaimana pula dengan Liga Kebangsaan yang sudah dicadangkan dalam Pelan Strategik Pembangunan E-Sukan?

Sama-sama kita nantikan!

Foto: Berita Harian

Berita lanjut menyusul

TAGS

RELATED NEWS

+