Rasy diambil masuk ke Alter Ego hanya kerana tiada nilai untuk dibeli mana-mana pasukan

Kemunculan Rasy baru-baru ini ke dalam pasukan Alter Ego memberikan kejutan untuk para peminat pasukan itu, pemain yang berasal dari Onic Esports ini merupakan salah satu Tanker terbaik di arena e-sukan Mobile Legends.

Berikutan wawancara Revival TV bersama jurulatih Alter Ego, Nasi Uduk, beliau mengatakan pasukan Alter Ego memilih Rasy untuk dimasukkan ke dalam pasukan oleh kerana beliau tidak mempunyai nilai yang tinggi untuk dibeli dan itu adalah penyebab Rasy masuk ke dalam pasukan dengan mudah.

Beliau juga menambah dengan menyatakan kesemua pasukan yang bermain di musim ketujuh akan turun padang untuk musim kelapan, walaupun sebelum ini mereka kalah di peringkat awal. Menurut Revival TV lagi, ada beberapa pemain akan bertukar posisi masing-masing dan tidak kekal seperti musim sebelumnya.

Akan tetapi, nama pemain tersebut tidak dapat didedahkan ketika ini. Apakah dengan kenyataan yang diberikan oleh jurulatih ini akan menyebabkan Rasy tidak bermain untuk musim kelapan? Kita bakal saksikan tidak lama lagi.

Sumber: Revival TV

RELATED NEWS

+