Persidangan ASEAN ke-33 memperlihatkan gabungan delegasi 10 pemimpin ahli ASEAN bersama orang penting luar dari rantau ASEAN di Singapura.
Di samping itu, CEO Razer, Min-Liang Tan berkongsi di laman sosial media bahawa beliau sempat bertemu dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau semasa dalam satu sesi pertemuan tertutup.
Been an absolute blast chatting with @JustinTrudeau – excited to know there’s a lot more to do for the youth, in growing esports and to move FinTech innovation in Canada. Hope you’ve enjoyed your time in Singapore and our gift from Razer! pic.twitter.com/H5YaXyvIVC
— Min-Liang Tan (@minliangtan) November 15, 2018
Menurut Razer, kedua-dua belah pihak mempunyai perbincangan positif tentang pembangunan sektor gaming, esports dan inovasi fintech (teknologi bagi servis perbankan dan kewangan) di Kanada. Tambahan pula, mereka juga menyentuh tentang penggunaan platform ini mampu mengenali belia masa kini dengan lebih dekat.
Intipati sebenar perbincangan antara mereka berdua tidak didedahkan secara umum tetapi syarikat pembuatan barangan gaming janji untuk berkongsi ‘berita gembira’ pada masa akan datang.
Tan juga mempersembahkan jaket khas Team Razer dan beberapa cenderamata Razer termasuk barangan gaming Razer lain.
Rata-rata peminat terutamanya dari Kanada berspekulasi ‘berita gembira’ itu merujuk kepada pembukaan kedai fizikal Razer di Toronto.
Baru-baru ini, CEO Razer juga melabur masuk RM10 juta untuk pembangunan esports di Malaysia berikutan pengumuman bajet Belanjawan 2019 dan usaha ini disambut baik oleh pemain utama industri esports tanah air.