Razer melancarkan Leviathan V2, soundbar gaming berharga RM1,399

Berita baik buat para gamers! Razer kini melancarkan Leviathan V2 iaitu PC soundbar dengan audio lebih jelas dan pengalaman mendengar lebih baik dari desktop. Ia juga soundbar gaming yang pertama menawarkan THX Spatial Audio untuk pengalaman bunyi menyeluruh.

Leviathan V2 juga menawarkan bass yang lebih punchy untuk pengalaman menonton filem atau drama dengan baik. Bagi anda yang gemar bermain game, audio jelas dan lebih realistik, sesuai untuk aksi saspens dan soundtrack di aplikasi muzik.

Ia juga mempunyai lampu RGB Razer Chroma dengan 18 zon cahaya pada pembesar suara jadi pengalaman anda bermain game pastinya akan lebih imersif. Lampu RGB ini boleh ditukar tanpa had untuk efek pencayahaan dalam permainan yang lebih dinamik.

Produk ini juga menawarkan Bluetooth 5.2 untuk sambungan yang lebih baik antara peranti dan rekaan kompak sesuai diletakkan di atas meja anda. Ia juga boleh diselaraskan mengikut ketinggian monitor.

Dengan harga RM1,399, produk ini sudah pun boleh didapatkan sekarang.

RELATED NEWS

+