Realm Royale Reforged bakal ditutup 17 Februari tahun depan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Hi-Rez Studios mengumumkan Realm Royale Reforged, permainan video battle royale mereka bakal ditutup pada 17 Februari tahun hadapan.

Pengumuman ini dibuat tiga minggu selepas Stewart Chisam (Ketua Pegawai Esekutif Hi-Rez) mengatakan studio mereka bakal memecat beberapa staf mereka.

Realm Royale Reforged bukan sahaja satu-satunya game Hi-Rez Studios yang akan ditutup tetapi Divine Knockout juga akan ditutup.

Hi-Rez Studios mengatakan mereka mahu memberikan fokus utama kepada SMITE 2 untuk jangka masa panjang.

Hanya empat game live-service sahaja yang tinggal dari Hi-Rez Studios iaitu Smite, Smite 2, Paladins dan Rogue Company.

Kini satu lagi battle royale kecundang.

RELATED NEWS

+