realme baru sahaja melancarkan model realme c65 di pasaran Malaysia.
Ia sudah pun tersedia di kedai jenama realme di seluruh negara, pengedar sah dan platform Shopee, Lazada dan TikTok Shop dengan harga hanya RM699.
Keistimewaannya adalah tanda harga yang mampu milik, susunan tiga kamera simetri di belakang dan pengesan pantas 45W. realme juga menjanjiakn pengguna boleh menggunakan telefon pintar ini dengan bebas ‘lag’ selama empat tahun.
Ia juga mempunyai skrin 6.67 inci untuk kandungan media dan kecerahan puncak 625 nits untuk penggunaan di luar bangunan.