realme, jenama telefon pintar yang kian pesat berkembang akan melancarkan realme GT 7 Pro pada bulan November ini.
Ia adalah telefon flagship pertama di Malaysia yang menggunakan cip Snapdragon 8 Elite dari Qualcomm, menetapkan standard baru dalam prestasi telefon pintar premium.
Cip Snapdragon 8 Elite menawarkan platform mudah alih paling berkuasa. Dengan pemproses octa-core dan kelajuan melebihi 4GHz, GT 7 Pro menjanjikan prestasi luar biasa dan integrasi AI yang pintar, dengan skor Antutu melebihi 3 juta.
Siri GT mewakili Flagship Prestasi Tahap Seterusnya. Malah, realme menjadi yang pertama di Malaysia memperkenalkan flagship dengan cip Snapdragon. Ini adalah langkah penting untuk realme dan pasaran telefon pintar premium di Malaysia. Selepas kejayaan GT6, realme bersedia untuk mencapai lebih banyak kejayaan dengan GT 7 Pro.
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!