realme lancar GT 2 Pro, narzo 50 & 50A Prime, Buds Air 3 di Malaysia

Realme baru-baru ini melancarkan tiga produk baru mereka iaitu GT 2 Pro, narzo 50 & 50A Prime, dan Buds Air 3.

realme GT 2 Pro

Realme GT 2 Pro akan datang dengan ruang disk sebanyak (12 + 256GB) dan sudah mula dijual pada 25 Mac.

Sesiapa yang membeli peranti ini di Shopee akan mendapat Buds 2 Neo secara percuma.

Peranti ini juga akan adalah peranti pertama di dunia dengan skrin 2K AMOLED Flat Display dengan teknologi LTPO.

Prosesor yang digunakan juga adalah Snapdragon 8 Gen 1 1 5G chipset dengan tiga kamera 50MP + 50MP bagi dua kamera utama dan kamera 150-degree Ultra Lens.

Peranti mudah alih ini dijual dengan warna hitam dan putih.

Promosi RM2,599 hanya akan dijual di Shopee kemudian akan kembali ke harga asal RM2,999.

narzo Series

Narzo Series pula adalah peranti mudah alih yang sangat mesra bajet.

Narzo 50 dan Narzo 50A Prime akan dijual serentak dan sangat sesuai dengan Generasi Z.

Realme Narzo 50 dikuasakan oleh prosessor MediaTek Helio G96  dengan skrin 6.6′ bersama 120Hz refresh, bateri 5,000 mAh dan Kamera 50MP AI Triple.

Realme Narzo 50A Prime pula menggunakan prosesor Unisoc T6112, dengan kamera taraf flagship 50MP AI Triple.

Narzo 50 ini mempunyai dua variasi Speed Black dan Speed Blue warna dan jumlah disk 4+64Gb berharga RM699 dan 6+128GB yang berharga RM799.

Narzo 50A Prime pula mempunyai dua variasi warna Flash Black dan Flash Blue dengan jumlah disk iaitu 4+64Gb berharga RM629 dan 4+128GB yang berharga RM679.

realme Buds Air 3 #NoiseOffRockOn

Buds Air 3 ini akan menjadi rakan terbaik untuk bekerja dan bermain permainan video.

Ia mempunyai 42dB Active Noise Cancellation dan bateri yang boleh digunakan selama 30 jam termasuk Dynamic Bass Boost Driver 10mm.

Peranti ini akan mula dijual dengan harga promosi RM169.

Realme kini menjadi pemaju terhebat untuk para konsumer bagi peranti mudah alih dan mereka mahukan semua mudah untuk diakses orang ramai.

Dapatkan maklumat lanjut di laman rasmi realme.

RELATED NEWS

+