realme XT Dilancarkan – Quad Kamera 64MP Snapdragon Terkini Di Malaysia, Berharga RM1,399

realme Malaysia hari ini mengumumkan realme XT, telefon pintar pertama di Malaysia dengan quad kamera Snapdragon.

realme XT dipacu oleh Qualcomm Snapdragon 712 dengan kamera sensor ultra resolusi tinggi untuk menangkap gambar terperinci.

Sama seperti realme 5, realme XT juga mempunyai empat kamera yang mana lensa utama dilengkapi dengan sensor Samsung 64MP, lensa sudut lebar 8MP, lensa makro 2MP dan lensa potret 2MP serta kamera hadapan Sony 16MP bagi menghasilkan gambar jelas walaupun korang zum masuk.

realme XT juga menyokong rakaman video 4K dengan kadar 30fps, 1080p HD dengan kadar 30fps/60fps, 720p HD dengan kadar 30fps/60fps dan rakaman gerak perlahan (slow motion) sehingga 960fps. Pembesar suara realme XT dilengkapi dengan Dolby Atmos bagi meningkatkan kualiti bunyi.

Skrin telefon pintar ini diperluaskan dengan paparan Super AMOLED bersaiz 6.4 inci bersama bateri 4000mAh yang mana korang boleh cas dalam masa singkat sekitar satu jam untuk bermain PUBGM dan sebagainya. Model ini memuatkan dua kad SIM dan slot kad microSD sehingga 256GB. 

Aksesori realme Power Bank, Buds 2 dan Buds Wireless

Selain daripada realme XT, realme turut melancarkan realme Power Bank dengan bateri litium 10,000mAh dan menyokong cas pantas 18W untuk USB jenis A dan Type-C. Power Bank ini bukan sahaja boleh mengecas telefon pintar tetapi ia mengecas power bank sekali. Harga untuk realme Power Bank adalah RM129.

realme juga mengeluarkan aksesori fon telinga Buds 2 bersama-sama fon telinga tanpa wayar, Buds Wireless yang direka dengan kerjasama DJ Alan Walker. Dari segi harga, Buds 2 bernilai RM49 tetapi menerima potongan harga RM39 sempena jualan Shopee pada 11 November ini. Buds Wireless pula berharga RM129 dan korang boleh pra-tempah sekarang. Untuk maklumat lanjut tentang jualan aksesori realme di Shopee 11.11 Big Sale, klik di sini.

Harga sebenar realme XT

realme XT (8GB RAM + 128GB ROM) akan mula dijual pada 11 November 2019 dengan harga RM1,399 di kedai realme berdekatan dan boleh dibeli secara online khas di Lazada. Sempena jualan Lazada 11.11, terdapat keluaran terbaru model realme 5 (3GB RAM + 32GB ROM) bernilai RM499 eksklusif di Lazada.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan barisan telefon pintar baru realme, korang boleh layari laman sesawang Lazada di sini untuk ketahui tentang jualan realme 5 dan realme XT.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+