Rebellion Genflix akhirnya mengumumkan roster mereka untuk MPL ID musim kelapan

Rebellion Genflix adalah pencabar baru untuk MPL Indonesia musim kelapan ini. Mereka berjaya meyakinkan Genflix untuk bekerjasama dengan mereka, baru-baru ini Genflix Aerowolf sudah melepaskan kesemua roster Mobile Legends mereka menyebabkan kesemua pemain mencari haluan masing-masing.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Red Bull Rebellion (@rebellionesports.id)

Selepas mendedahkan kepada umum bahawa mereka akan bertanding untuk musim kali ini, Rebellion Genflix kini mengumumkan roster mereka yang terdiri dari pemain-pemain muda dari Indonesia itu.

Mereka adalah Jlonotwow sebagai offlaner, Huba support, Sugar hyper/jungler, B1rul sidelaner, Ryuk fighter dan Vall sebagai tank/roam. Jurulatih mereka pula adalah LeXuZzZ, beliau adalah salah seorang veteran di arena e-sukan Mobile Legends. 

B1rul adalah salah seorang pemain yang berbakat, beliau berasal dari pasukan Onic Esports dan bermain untuk MDL namun tidak pernah berpeluang untuk naik ke skuad MPL. Selain itu, Sugar pula sempat menjadi sebahagian dari EVOS Legends sewaktu MPL Indonesia musim ketiga, ini menjadi saat comeback beliau ke dalam scene.

Kehadiran bakat-bakat muda ini akan dapat menambahkan kekuatan Rebellion Genflix saat ini. Apakah pendapat anda tentang roster ini? adakah mereka layak untuk memberikan saingan kepada pasukan veteran MPL Indonesia kali ini.

RELATED NEWS

+