[RECAP] Keputusan PMPL ID musim keempat – weekdays

PMPL Indonesia juga tidak terkecuali untuk wajib ditonton untuk para peminat PUBG Mobile, baru-baru ini uHigh dibawa masuk ke pasukan BTR RA selepas beliau keluar dari Team Secret.

Hari pertama peringkat weekdays berpihak kepada pasukan RRQ dengan mata terkumpul sebanyak 57, mereka berjaya mendapatkan 1 WWCD di dalam 5 perlawanan itu.

Aura Fire mengikut rapat dengan 55 mata dan WWCD, BTR berada di kedudukan ketujuh dengan 1 WWCD dan 35 mata. 

Permulaan yang begitu baik buat pasukan RRQ setakat hari pertama, mereka berjaya mengumpul jumlah mata kill yang banyak dan pasukan Nero menduduki tempat tercorot dengan 12 mata.

Hari kedua menyaksikan keadaan berubah dan kemenangan berpihak pada pasukan BTR yang berjaya mengumpul sebanyak 111 mata. Mereka berjaya mendapatkan tiga kali WWCD dan jumlah mata kill yang sangat banyak.

Livescape berada di kedudukan kedua dengan 92 mata tanpa sebarang WWCD sepanjang 10 perlawanan. Mereka kerap mendapat kedudukan di top 5 dan top 3 untuk meraih mata placement.

Seterusnya, pasukan Zone Esports, Supply Bang, Maruszama Echo dan Nero Esports gagal untuk ke peringkat super weekend pertama yang akan bermula pada hari ini.

RELATED NEWS

+