Recap SEA Final: Geek Fam top 10, pasukan Aura Esports dua kali WWCD

Pertarungan akhir untuk gelanggang Asia Tenggara bagi PUBG Mobile (PMPL SEA S3) kini bermula. Sebanyak tiga pasukan Malaysia menjadi wakil iaitu RSG MY, Geek Fam dan Dingoz MPX.

Setakat hari pertama, nampaknya Geek Fam kekal berada di top 10. Tiada pasukan Malaysia berjaya mendapatkan WWCD hari ini namun berbaki 12 peta lagi, macam-macam boleh berlaku.

Setakat peta keenam, Aura Esports berjaya mendapatkan dua Winner Winner Chicken Dinner, sekali gus meraih tempat pertama. Mereka mengumpulkan keseluruhan 83 mata dan mata bunuh yang tinggi iaitu 35 mata. Sementara itu, pasukan senegara yang juga dari Indonesia, EVOS Reborn konsisten di tangga kedua walaupun tiada WWCD direkodkan.

Pasukan Indonesia ketiga, BTR juga berada di kedudukan lima teratas, walaupun mereka dipintas skuad Vietnam mengambil tempat keempat.

Pasukan Malaysia, Geek Fam pula di kedudukan kesembilan dengan 38 mata keseluruhan. Dingoz pula naik beberapa anak tangga selepas mengumpulkan 37 mata. Mereka tidak jauh di belakang Geek Fam dengan satu mata perbezaan.

Bagi RSG MY pula, agak sukar mereka menemukan momentum dengan hanya tujuh mata bunuh  dan 22 mata keseluruhan.

Pasukan Malaysia perlu buat yang lebih baik pada esok dan Ahad bagi melayakkan diri ke musim seterusnya (PMPL SEA S4).

PMPL SEA S3 mengumpulkan sebanyak AS$150,000 (RM621,000) yang disertai oleh 16 pasukan PUBG Mobile terbaik di Asia Tenggara.

RELATED NEWS

+