Red Dead Redemption 2 Mengambil Masa 8 Tahun Untuk Dihasilkan – Menurut Rockstar

Grand Theft Auto V (GTA) antara game yang paling popular dan berjaya dalam industri. Rockstar Games tak berhenti di situ sebaliknya menyajikan lebih banyak kejutan kepada peminat dengan Red Dead Redemption 2.

Untuk membawakan game ini menjadi kenyataan dan mengikut standard Rockstar Games, ia bukanlah mudah kerana mereka mengambil masa sehingga 8 tahun untuk membangunkannya. Semestinya proses ini dianggap satu usaha keras yang wajar dipuji dengan tenaga kerja ramai.

Dalam temubual bersama IGN, pemilik studio Rockstar North, Rob Nelson mendedahkan Red Dead Redemption 2 bukan saja dalam pembikinan sejak 2010 tapi juga ditubuhkan secara rasmi pasukan yang akan membangunkan projek Rockstar Games ini bersama-sama.

Nelson mengatakan,  50 orang dalam satu pasukan pada dulunya cukup untuk membangunkan game tapi untuk memasarkan game yang begitu popular, ia bukan mudah. 

Hasilnya, Red Dead Redemption 2 tidak akan dipasarkan sebagai judul dari Rockstar San Diego seperti prekuelnya tapi dikeluarkan secara rasmi oleh Rockstar Studios. Rockstar Games juga membuat perubahan drastik ketika membangunkan Red Dead Redemption 2 kerana menurut Nelson, game ini mempunyai asas yang berlainan dan perlu memenuhi kehendak peminat.

 

 

Ia akan dilancarkan di seluruh dunia pada 27 Oktober di PS4 dan Xbox One. Kalau korang nak saksikan beberapa screenshots (termasuk John Marston) dari permainan itu, boleh klik SINI.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+