RED Esports gagal ke playoff, Team Bosskurr mara

Pasukan Red Esports akan bertemu dengan juara musim ketujuh, RSG MY di perlawanan akhir peringkat liga. Mereka harus memenangi perlawanan kali ini untuk mara ke peringkat playoff.

RSG MY juga mengalami kemerosotan dari segi corak permainan mereka sebelum ini dan mengalami losing streak dari minggu ke minggu.

Perlawanan kedua pasukan RSG menggunakan Benedetta sebagai jungler manakala Red Esports menggunakan Aulus sebagai damage dealer mereka.

Pasukan RSG MY lebih konsisten di dalam rotasi mereka dan berjaya mendapatkan objektif dengan bantuan feathered air strike dan black dragon form.

Ini mengakibatkan pasukan Red Esports terpaksa bermain secara defensive. RSG MY berjaya menumbangkan Luminous Lord pada minit ke-12 untuk mendapatkan momentum yang diperlukan.

Kesilapan yang dilakukan pasukan Red Esports ketika cuba menghalang Luminous Lord yang mara dari bahagian atas menyebabkan mereka kehilangan 4 orang ahli mereka.

Heri yang terpisah dari pasukannya ditumbangkan oleh Leixia di jungle mereka dan Red Esports terpaksa akur dengan kekalahan pada minit ke-13.

RELATED NEWS

+