Red Esports kini tempat ketiga kumpulan B

Pasukan Red Esports berjaya menebus kekalahan mereka pada hari Jumaat dengan memenangi 2-1 ke atas Team SMG sebentar tadi.

Pada minggu ketujuh Liga Profesional Mobile Legends (MPL MY) musim ketujuh, Red Esports dianggotai oleh Heri, Ash, Haru, Eren dan Mal.

“Game kedua kalah sebab kurang bersabar dan teamfight kurang kemas,” kata Heri dalam satu temubual bersama hos, Fiera Fendi.

Heri juga mengatakan mereka mengambil Alice kerana Smooth mendapat MVP menggunakan hero tersebut pada perlawanan sebelumnya.

“Kepada penyokong Red Esports, terima kasih kerana menyokong kami walaupun kami tidak konsisten, menang kalah, menang kalah, kami tetap buat terbaik,” katanya.

Red sekarang berada di kedudukan ketiga dan berjaya memintas Geek Fam di ranking kumpulan B. Bagaimanapun, Geek Fam mempunyai baki perlawanan pada hari ini ke atas Todak MLBB dan jika mereka menang, mereka akan mempunyai skor sama dengan Red tapi akan dibezakan mengikut head-to-head.

RELATED NEWS

+