Red Esports membawa masuk Haz (Scott) selaku jurulatih, Saiyajinn sebagai roamer

Red Esports sudah membuat pengumuman membawa masuk Haz atau Scott sebagai jurulatih pasukan itu untuk memantapkan lagi prestasi mereka di MPL MY musim kelapan.

Beliau yang lama menyepi dulunya pernah bermain untuk skuad Team Bosskurr dan Axis.

Selain itu, Saiyajinn juga menyertai pasukan itu untuk bermain di posisi roamer, kehadiran beliau pasti membuatkan peminat tertanya-tanya sama ada Ash atau Haru yang akan bergandingan dengan Saiyajinn ini atau mungkin beliau menjadi pemain simpanan atau “trump card” pasukan Red Esports.

Difahamkan, Saiyajinn akan dipinjamkan sahaja (loan) daripada Team SMG.

Pasukan Red Esports menghadapi kesukaran ketika pertemuan mereka dengan Team Bosskurr dan Homebois di MPL MY musim kelapan, tewas di tangan kedua-dua pasukan itu.

Mereka kini menduduki tempat tercorot di dalam kumpulan B. Mungkin dengan pengumuman dua orang ahli baru ini akan memberikan impak yang besar untuk pasukan Red Esports. Yang pasti, dengan adanya jurulatih untuk pasukan, mereka pasti akan lebih berdisiplin dan mempunyai strategi yang menarik untuk dilaksanakan. Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+