"> " /> " />

Region Wild Rift di Malaysia dilaporkan akan gabung dengan Singapura tahun depan

Bagi merancakkan lagi e-sukan di Malaysia dan Singapura, Riot Games dalam perancangan untuk menggabungkan kedua-dua negara ini dalam satu region.

Pengurus Projek E-Sukan Wild Rift Asia Tenggara, Chee Kok Ban berkata, gabungan ini akan meningkatkan kadar kompetitif antara dua negara ini.

“Bukan itu saja. Kami juga dalam perancangan untuk meningkatkan hadiah terkumpul bagi region MYSG. Kami sasar untuk menjadikannya sama banyak dengan e-sukan lain,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau menambah, meskipun bilangan penonton tidak banyak seperti e-sukan lain, namun Riot komited untuk merancakkan arena e-sukan Wild Rift di Malaysia.

Sementara itu, beliau ketika dihubungi MyGameOn mengesahkan yang semua ini masih dalam perancangan dan tiada lagi kata putus.

RELATED NEWS

+