Regular Season MPL MY musim ke-11 kini tamat

Selepas enam minggu pasukan-pasukan di MPL MY bertarung pada musim ini, akhirnya tamat musim liga untuk musim ke-11.

Format yang berbeza pada musim ini memaksa pasukan untuk bertarung dengan lebih serius.

Namun hanya dua pasukan yang gagal layak ke Playoffs pada musim ini selepas Team Secret dan Team Haq tersingkir selepas gagal keluar daripada zon penyingkiran.

Team SMG nampak dominan dan berjaya mengekalkan kadar kemenangan 100% sepanjang musim dengan barisan pemain tempatan.

Mereka layak terus ke Upper Bracket Semi Final (SF) selepas menamatkan saingan di tangga teratas liga.

Todak akan menemani Team SMG di Upper Bracket SF selepas menghabiskan saingan di tangga kedua liga dengan perbezaan empat mata dengan Team SMG.

HomeBois dan Yoodo Red Giants Esports akan berada di Suku Akhir Upper Bracket (QF) selepas berada di tangga ketiga dan keempat.

Ia mengejutkan ramai pihak selepas pasukan rookie itu yang dahulunya salah satu calon penyingkiran berjaya mengutip banyak mata dan melonjak naik sehingga ke Top 4.

Red Esports, Team Lunatix dan RSG Slate MY berjaya mengisi slot Play-in di Playoffs.

Akhir sekali, Madness Esports berjaya membawa pulang 3 mata berharga dan berjaya ke Playoffs selepas Yoodo Red Giants Esports menamatkan perjalanan Team Haq pada Ahad.

Playoffs akan bermula pada 27 April sehingga 30 April di mana, Red Esports akan bertemu RSG Slate MY dan Team Lunatix akan bertemu Madness Esports di Play-in.

Pemenang di Play-In akan bertemu Homebois dan Yoodo Red Giants Esports di Upper Bracket QF dan akhir sekali, Team SMG dan Todak akan menunggu pemenang Upper Bracket QF di Upper Bracket SF.

Hanya satu slot sahaja untuk ke MSC 2023 dan sudah semestinya pasukan-pasukan ini mahu mendapat slot tersebut dan menjadi juara pada musim ini.

RELATED NEWS

+