Satu pasukan di Jepun berjaya mencecah rekod dunia baharu dalam kepantasan internet.
Kelajuan itu adalah 402Tbps dengan kepantasan yang terlalu laju sehingga boleh memuat turun apa-apa permainan video kurang dari 1 saat.
Kelajuan internet di Malaysia juga berbeza dan jauh lebih perlahan dari negara lain dengan purata 133Mbps di seluruh Malaysia.
Laporan ini dibuat oleh Institut Informasi dan Teknologi Komunikasi Negara Jepun di mana pasukan mereka berjaya mencapai kelajuan 402 Terabit setiap saat ini.
Kelajuan ini mengalahkan rekod sebelum ini iaitu 321 Tbps pada Oktober tahun lepas.
Bayangkan kelajuan ini boleh muat turun apa-apa permainan video seperti Baldur’s Gate, Call of Duty Black Ops 6 kurang dari 1 saat sehingga ke milisaat.
Walaupun dengan kelajuan sebegini, setiap pengguna akan mempunyai masalah perkakasan yang mereka ada bakal mengehadkan kelajuan ini.
Tidak semua motherboard mempunyai fungsi untuk ada keupayaan menampung kelajuan internet sebegini.
Jika motherboard bukan isu, SSD dan Ram pula bakal menjadi masalah seterusnya kepada anda.
Kelajuan sebegini untuk kegunaan orang ramai adalah sangat tidak bermanfaat buat masa ini.