Rekt bakal turun ke MDL?

EVOS Legends pernah menjadi pasukan yang memegang gelaran juara M1 satu ketika dahulu.

Mereka juga bergelar juara MPL ID musim ketujuh selepas prestasi yang baik ditonjolkan oleh Ferxiic, seorang bocah ajaib yang menggantikan posisi Wannn ketika itu.

Namun begitu, EVOS Legends mula menunjukkan kemerosotan pada prestasi mereka selepas gagal mendapatkan slot ke Kejohanan Dunia M3. 

Kapten kepada pasukan EVOS Legends iaitu Rekt menjelaskan bahawa beliau akan turun ke MDL di dalam sebuah penstriman langsung beliau.

Sejauh manakah kebenaran ini pasti terjawab ketika EVOS Legends mendedahkan barisan pemain baru mereka nanti.

Apakah tanggapan anda semua tentang perkara ini? Adakah ia bakal terjadi atau hanya gurauan semata-mata. Nyatakan di ruangan komen.

Sumber: @emak_moba

RELATED NEWS

+