Rekt dedahkan tempoh kontraknya bersama EVOS

EVOS Rekt adalah salah seorang pemain veteran yang cukup popular di arena kompetitif Mobile Legends. Juara Kejohanan Dunia M1 ini menjadi salah satu pemain yang membawa nama EVOS Legends ke pentas dunia.

Terkini, Rekt mendedahkan tempoh kontraknya bersama Sang Macan Putih itu.

Pendedahan itu dilakukan di dalam satu podcast yang bernama AH Podcast (Atta Halilintar).

Ditanya tentang tempoh kontrak pemain profesional ketika ini, Rekt menjawab tempohnya tiga tahun.

“Kalau kontrak setiap pemain, setahu saya sekarang tempohnya 3 tahun. Kalau kontrak saya tahun ini (tamat),” ujarnya.

Adakah EVOS Legends akan memperbaharui kontrak Rekt selama 3 tahun lagi.

Atau adakah mereka akan memasukkan pemain lain untuk menggantikan Rekt? Kita bakal saksikan.

EVOS Legends akan bermain di peringkat playoff MPL ID musim ke-9. Mereka akan bertemu dengan pasukan Alter Ego pada 21 April ini.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+