Remaja perempuan curi kad debit ibu, belanja RM291,000 untuk game

China dikejutkan dengan berita seorang remaja perempuan berusia 13 tahun membelanjakan 449,500 yuan atau RM291,000 yang dicuri dari ibunya. 

Pelajar sekolah itu membelanjakan wang yang banyak untuk pembelian dalam aplikasi permainan mudah alih. Kegiatan ini ‘kantoi’ hanya apabila ibunya dimaklumkan oleh guru sekolah yang anaknya banyak membelek telefon ketika dalam kelas.

Selepas diperiksa akaun, hanya tinggal 32 sen baki dalam akaun ibunya.

Ketika disoal ayahnya, pelajar itu mengakui sebanyak RM136,000 dibelanjakan untuk pembelian dalam permainan, RM77,000 untuk permainan dan RM64,000 digunakan untuk belanja permainan video buat rakan sekelasnya.

Remaja perempuan itu juga mengakui dia tak tahu menahu tentang soal wang namun hanya menjumpai kad debit ibunya di rumah dan mengaktifkan di telefonnya.

Rujukan: The Star

RELATED NEWS

+