Resident Evil Di Netflix – Lapan Episod, Penggambaran Bermula Pada Jun

Resident Evil adalah francais yang sangat popular jadi tak hairanlah kalau lepasni kita boleh saksikan Chris Redfield di Netflix pula!

Laporan dari Redanian Intelligence mengatakan siri Netflix ini akan mengekalkan identiti asal Resident Evil seperti unsur seram, virus dan sebagainya.

Tapi setakat ini belum ada butiran lanjut macam pengarah untuk siri ini ataupun cast-cast lain. Bagaimanapun, ini yang anda boleh tahu dulu:

  • Ia mempunyai keseluruhan 8 episod berdurasi satu jam. 
  • Penggambaran akan bermula pada Jun dan berakhir pada Oktober sementara persediaan adalah seawal April.
  • Pusat penerbitan (production hub) akan berpengakalan di Afrika Selatan.

Plotnya pula lebih kepada protagonis meneroka kerja-kerja misteri Umbrella Corporation dan konsep dunia baru yang disebabkan oleh wabak T-virus.

Laporan itu juga menyebut tarikh pelancaran dianggarkan pada Musim Bunga (Jun) tahun depan selepas habis penggambaran pada Oktober tahun ini.

Bagi penulis, yang paling penting ialah siapa akan melakonkan watak penting seperti Chris Redfield atau Leon Kennedy nanti.

(Foto: Biohazard Declassified)

RELATED NEWS

+