Resident Evil Re:Verse ditangguh lagi, dijangka tiba 2022

Resident Evil Re:Verse permainan menembak berbilang pemain pada awalnya akan diumumkan bersam Resident Evil Village, ditunda buat kali kedua dan akan tiba pada 2022.

Diumumkan di laman Twitter, Capcom menerangkan penangguhan itu dibuat adalah “untuk pasukan dapat terus bekerja1 memberikan pengalaman permainan yang lancar.” Selepas diumumkan akan dilancarkan pada 7 Mei lalu, permainan ini ditunda hingga musim panas 2021. 

Bahkan, ujian beta terbuka juga dibatalkan sama sekali kerana masalah ‘matchmaking’.

Sambungan kicauan Capcom, pemain yang telah membeli Residen Evil Village edisi fizikal yang didatangkan bersama kod muat turun Re:Verse untuk menebusnya sekarang atau ikuti perkembangan permainan itu. Dijangka tiada kod gantian akan ditawarkan jika berlaku kehilangan kod itu. 

Re:Verse ialah permainan kalah mati PvP enam pemain yang membolehkan pemain mengambil peranan sebagai watak daripada siri Resident Evil, bertarung di lokasi siri itu berlangsung yang diubah menjadi arena. 

RELATED NEWS

+