Peminat Apex Legends baru sahaja digemparkan dengan berita pemansuhan mekanik pergerakan ‘tap strafe’ yang hanya mampu dilakukan menggunakan tetikus dan papan kekunci. "> Peminat Apex Legends baru sahaja digemparkan dengan berita pemansuhan mekanik pergerakan ‘tap strafe’ yang hanya mampu dilakukan menggunakan tetikus dan papan kekunci. " /> Peminat Apex Legends baru sahaja digemparkan dengan berita pemansuhan mekanik pergerakan ‘tap strafe’ yang hanya mampu dilakukan menggunakan tetikus dan papan kekunci. " />

Respawn Entertainment mungkin akan nerf ‘Aim Assist’ di Apex Legends

Peminat Apex Legends baru sahaja digemparkan dengan berita pemansuhan mekanik pergerakan ‘tap strafe’ yang hanya mampu dilakukan menggunakan tetikus dan papan kekunci.

Hal ini menggegarkan komuniti Apex Legends lebih-lebih lagi pemain berkemahiran tahap tinggi. Komuniti Apex Legends juga mempertikaikan kelebihan bermain di konsol kerana mekanik bantuan bidikan atau lebih dikenali sebagai ‘aim assist’. Kini, seorang wakil di Respawn Entertainment bersuara mengenai ‘aim assist’.

John ‘JayBiebs’ Larson adalah seorang daripada pembangun Apex Legends yang juga menggunakan alat kawalan untuk bermain Apex Legends. Beliau menyedari akan kelebihan yang dibawakan oleh aim assist kepada pemain.

Kata beliau “Apabila saya melihat pemain konsol tahap tinggi mengatakan bahawa mereka akan baik-baik saja terhadap mengurangkan (nerf) aim assist, saya pasti mengambil perhatian.

“Pemain tidak boleh merasa terpaksa menggunakan jenis input tertentu, dan jika saya melihat pemain menukar dari apa yang mereka fikirkan adalah keperluan, saya akan 100% prihatin. Sebenarnya, saya sedang berbincang dengan pasukan CGE, Weapons, dan Analytic minggu ini untuk menilai keadaan,” katanya.

Larson juga menerangkan perbezaan input antara pemain PC dan pemain konsol dan impaknya terhadap beberapa mekanik permainan seperti looting dan strafing. Beliau juga menyatakan bahawa ia amat sukar untuk memastikan kesaamaan dan keseimbangan permainan yang lengkap antara pelantar.

Beliau juga menekan bahawa mengubah atau memansuhkan limitasi tertentu tidak semestinya bermaksud merendahkan siling kemahiran. Namun demikian, pasukan pembangun Apex Legends sedang berusaha untuk memastikan permainan itu adil bagi semua pemain tidak mengira pelantar.

Perincian perubahan ini akan dimaklumkan kelak melaui nota patch yang akan bersama kemas kini yang akan datang.

Foto: Youtube 

RELATED NEWS

+