Retrospektif: Kejatuhan Heroes of the Storm – permainan video MOBA dari Blizzard

Warcraft 3 adalah permulaan genre terbesar dalam permainan video iaitu Warcraft 3 custom map. Mengubah Warcraft 3 kepada permainan lain memberi revolusi untuk semua genre baru.

Munculnya MOBA seperti peta rekaan untuk Dota2 dan pelbagai lagi MOBA jenis lain dan beberapa permainan video seperti Dota2 dan League of Legends.

Kini datang Heroes of the Storm dari Blizzard yang menjadi antara permainan genre MOBA yang boleh dikatakan akhirnya menemui kegagalan dan terbesar setakat ini.

1. Sejarah Heroes of the Storm

Heroes of the Storm (HotS) adalah jawapan Blizzard untuk membuat MOBA mereka sendiri selepas gagal mendapatkan Dota 2 akibat kecuaian mereka sendiri kerana tidak mempercayai masa hadapan Dota 2, seperti dilaporkan VG247.

Sebelum dipanggil Heroes of the Storm, permainan ini digelar Blizzard Dota dan diumumkan pada tahun 2011.

Ketika ini Blizzard Dota masih kelihatan seperti Starcraft 2 dan masih belum mempunyai kelainan sendiri.

Pendragon dan Guinsoo pula sudah pergi membuat League of Legends dan Icefrog pula dipanggil oleh Valve untuk membuat Dota2.

League of Legends bermula pada Oktober 2009 walaupun kelihatan sedikit ‘kartun’ tetapi mendapat sambutan yang baik dari orang ramai.

Dota 2 pula diambil oleh Valve dan menggunakan konsep sama dan digelar sebagai sekuel kepada Dota di Warcraft 3.

Ada satu lagi MOBA yang lain, iaitu Heroes of Newerth. Tetapi kita akan simpan HoN untuk cerita akan datang nanti.

HotS bermula dengan karakter dari 3 permainan video Blizzard sedia ada seperti Diablo, Starcraft dan World of Warcraft.

HotS juga mempunyai sistem ‘mount’ iaitu setiap karakter boleh menaikki mount untuk berjalan di dalam peta dan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan lebih cepat.

Maltheal's Phantom Diablo 3 mount HOTS Season 4 reward | Diablo IV, Diablo  2 and Diablo 3 Forums - Diabloii.Net

Blizzard mengambil masa lima tahun untuk membina Heroes of the Storm termasuk alpha dan beta.

Kebanyakan reviu untuk Heroes of The Storm keluar pada April 2015 dan rata-rata review adalah baik.

Cuma IGN yang menjadi sedikit kritikal dalam memberi kritikan kepada Heroes of the Storm.

Pada masa ini Valve dan Riot Games sudah lama melancarkan MOBA mereka dan telah mendapat sambutan memberansangkan.

Heroes Of The Storm Unlocks All Heroes This Weekend | Rock Paper Shotgun

Heroes of the Storm mempunyai satu kelebihan iaitu, pelancaran setiap hero baru.

Ini menjadi senang apabila Blizzard dapat memperkenalkan karakter baru daripada Diablo dan francais yang lain.

2. Permainan yang terlalu ‘kasual’

Apa yang membuat HotS lain dari yang lain adalah perkongsian EXP untuk semua orang di dalam satu pasukan.

Tetapi pemain boleh mendapat lebih banyak EXP. EXP boleh dikatakan kepentingan kedua selepas kerjasama.

Dari meniru apa yang MOBA lain buat seperti last hitting, gold dan penggunaan item shop, HotS membuang semua kemahiran yang perlu ada untuk bermain sesuatu MOBA.

Pemain di dalam HotS tidak dapat membuat kemenangan sendiri seperti menjadi carry untuk seluruh pasukan.

Ini menjadikan HotS lebih kepada kerjasama pasukan dari usaha keras seorang pemain sahaja. HotS boleh dikatakan tidak mempunyai Dendi atau Faker mereka sendiri.

Lain seperti Dota2 dan League of Legends, snowball di dalam HotS sukar untuk menjadi apabila kerjasama di dalam pasukan terlalu menjadi fokus.

HotS menggantikan last hitting dan gold dengan sistem talent tree. 

Bermula level 1 dan anda akan mendapat 4 talent dari skill pasif dan skill aktif.

3. Masalah Progress

Menjadi permainan percuma, HotS mempunyai masalah progress yang sangat perlahan.

Shop | How to start - Heroes of the Storm Game Guide | gamepressure.com

Dalam satu perlawanan anda hanya mendapat 74-100 gold sahaja apabila anda menang. Kalau ingin membeli satu hero, anda memerlukan 7000 gold ke atas.

Ini menjadi masalah untuk pemain yang tidak menggunakan wang.

Anda memerlukan 3-4 bulan hanya untuk mendapatkan satu hero menurut Polygon dan 10 hero adalah percuma mengikut rotasi mingguan.

Ini menyusahkan pemain untuk bermain Mod Ranked apabila pilihan mereka adalah terhad dan banyak masalah Matchmaking berlaku ketika ini.

4. Masalah e-sukan Heroes of the Storm

Dari membiarkan komuniti dan e-sukan Heroes of the Storm naik dengan mantap dan konsisten, Blizzard sebaliknya mengumumkan e-sukan besar-besaran iaitu Heroes of the Storm World Championship.

Pertandingan itu mendapat RM4.8 juta jumlah wang terkumpul dan juara pula akan membawa balik RM800 ribu.

Mencipta terus pertandingan e-sukan tanpa membina komunitinya terdahulu boleh mendatangkan masalah. 

Dengan semua wang yang dilaburkan untuk HotS, Blizzard pula tidak berjaya menarik apa-apa tajaan untuk ekonomi atau ekosistem untuk e-sukan HotS menjadi sihat.

Blizzard cuma membazirkan wang sahaja setakat ini. Ini kerana hanya pemain professional sahaja yang layak untuk memenangi sesuatu pertandingan.

Pihak Blizzard sedar akan masalah ini, dan memperkenalkan Heroes of The Dorm.

Heroes of the Storm hilang di dalam radar kerana diabaikan oleh Blizzard buat beberapa ketika.

Ini menjadi sebab kenapa pembina HotS dihantar ke permainan lain dan juga pembatalan e-sukan untuk HotS pada tahun 2019.

Heroes of the Dorm memberi peluang untuk pelajar-pelajar di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada berlawan bagi mendapatkan yuran pengajian untuk fakulti mereka.

Ia dikatakan antara acara yang diterima dengan baik oleh peminat HotS.

Tetapi untuk pemain profesional, World Championship masih gagal untuk mendapatkan lebih ramai peminat dan penonton.

Cloud 9 menjadi juara pertama untuk HotS World Championship 2015.

Tahun berikutnya Cloud 9 membuat keputusan untuk membubarkan pasukan HotS.

Hal ini berlaku apabila Blizzard terlalu mengawal ekosistem e-sukan untuk HotS dan apabila pasukan besar seperti Cloud 9 meninggalkan HotS kerana keuntungan yang sukar untuk didapati.

Heroes of the Dorm pula menjadikan jurang yang lebih besar untuk pemain amatur dan pemain profesional dan dengan kegagalan Cloud 9.

Ramai pemain berhenti untuk menjadi atlet profesional HotS.

Blizzard pula memperkenalkan Heroes Global Championship (HGC) 2017 untuk cubaan membaiki e-sukan HotS dengan hanya memperkenalkan pertandingan besar dengan hadiah wang yang banyak tapi ia tak berjaya.

 

5. Kedatangan Overwatch

Heroes of the Storm Tracer Hero Gameplay Video | Shacknews

Apabila tiba tahun 2016, Overwatch datang bagaikan tsunami memukul semua permainan video Blizzard yang lain.

Heroes of the Storm dibiarkan senyap begitu sahaja apabila di halang populariti Overwatch dan Blizzard masih belum memberhentikan fokus mereka kepada e-sukan dan pembinaan HotS.

Tracer menjadi karakter pertama datang ke dunia Heroes of the Storm tetapi, ini menunjukkan Tracer dari Overwatch di dunia lain bukan menunjukkan kelebihan HotS itu sendiri yang mempunyai gabungan karakter dari permainan video Blizzard.

Seakan-akan promosi ini adalah untuk Overwatch bukan untuk HotS.

Namun pada tahun 2019 Blizzard menghantar pembina HotS ke permainan video yang lain dan juga membatalkan acara e-sukan HotS.

Konklusi

Walaupun dengan kedatangan Heroes of The Storm 2.0, kemas kini ini tidak membantu dan Mike Morhaime, salah seorang pengasas bersama Blizzard sendiri memberitahu, Heroes of Storm keluar terlalu lambat.

“Dari memberi fokus kepada Dota, kami memberi fokus kepada World Of Warcraft tetapi pada masa itu pemain Dota lebih ramai dari pemain World of Warcraft,” katanya.

Blizzard nyata kesal dengan pilihan mereka yang lambat. Mungkin kita akan main Dota 2 versi Blizzard atau Heroes of the Storm jika Blizzard datang sedikit awal dalam dunia MOBA.

RELATED NEWS

+