Revamp untuk Vexana dan Faramis akan tiba tahun depan

Musim 21 bakal melabuhkan tirai dalam beberapa hari sahaja lagi. Bahkan, kemaskini terbaru Mobile Legends: Bang Bang juga bakal dilancarkan pada hari ini (21 September).

Melalui kemaskini 1.6.18 ini, banyak perubahan dari segi hero revamp, antaramuka permainan, perubahan kecil hero dan banyak lagi. Akhirnya, selepas dinanti-nantikan oleh para pemain, Moonton turut menyatakan Vexana dan Faramis juga akan menerima revamp mereka tersendiri.

Revamp ini dinyatakan akan tiba pada 2022. 

Sumber: FB MLBB

Revamp ini akan dibuat berikutan usaha Moonton untuk mengembalikan populariti hero-hero lama yang semakin jarang dipilih oleh pemain. Secara tidak langsung menunjukkan kedua hero ini akhirnya menerima perhatian yang sepatutnya daripada pembangun. 

Apa-apa pun, nantikan perubahan yang akan dilakukan oleh pihak Moonton untuk mengembalikan populariti kedua hero ini di Land of Dawn.

RELATED NEWS

+