Reve Drift Arena, satu-satunya pasukan VALORANT Malaysia ke VCT SEA: Split 3

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dengan ketiadaan lagi VCT MY/SG, nampaknya Malaysia bakal berdepan cabaran di peringkat kompetitif VALORANT di mana mereka harus bermain terus di rantau Asia Tenggara.

Reve Drift Arena (RDA), satu-satunya pasukan Malaysia yang layak ke VCT SEA: Split 3 bakal menunjukkan keupayaan pasukan negara bertanding dengan pasukan-pasukan hebat dari Asia Tenggara. 

Mereka diwakili oleh Fixy, Jans0n, theDoctorr, Subbey dan pemain Filipina, markl.

Slot itu diberikan selepas mereka mendapat tempat kedua di VCT MY/SG Split 2 di mana mereka tewas lawan pasukan Singapura, Disguised dengan skor 0-3. Skuad Kota Singa itu terus layak ke VCT Ascension yang akan diadakan di Tokyo pada September ini.

Pasukan-pasukan yang terkesan dengan perubahan format VCT ini adalah Indonesia, Thailand, Vietnam, Hong Kong/Taiwan dan Filipina. 

Bagaimanapun, kehadiran format baharu ini bukanlah satu ‘berita mengejutkan’ semata kerana antara kebaikannya adalah kita boleh lihat lebih ramai penonton dari serata Asia Tenggara yang akan menantikan perlawanan pasukan kegemaran mereka di VCT SEA: Split 3 ini nanti.

Kejohanan ini akan bermula dari Oktober hingga Disember dan butiran mengenainya masih lagi tidak banyak buat masa sekarang.

Pasukan-pasukan ini akan bertarung untuk kelayakan ke Challengers Split 1 tahun depan.

Foto: Rev Drift Arena

RELATED NEWS

+