Review: Acer Nitro 5 – Gaming Laptop mampu milik

Acer kali ini hadir dengan komputer riba Nitro 5 dengan siri RTX30. Nyata prestasi menyeluruh yang begitu mengejutkan apabila melebihi jangkaan.

Nitro 5 kali ini masih dianggap sebagai komputer riba bajet tetapi dengan berbagai-bagai jenis Nitro 5 dengan spesifikasi berbeza boleh dipilih bermula dengan harga RM3699 untuk Nitro 5 AMD Ryzen™ 5 5600H dengan NVIDIA® GeForce® GTX 1650 sehingga RM8,999 dengan AMD Ryzen™ Ryzen 9 5900HX dan NVIDIA® GeForce® RTX 3080.

Bagi model AMD Ryzen™ 7 5800H, terdapat tiga pilihan GPU iaitu NVIDIA® GeForce®  RTX 3070, NVIDIA® GeForce® RTX 3060 dan NVIDIA® GeForce® GTX 1650.

Apa yang menarik mengenai laptop ini? Jom baca lebih lanjut.

 

Spesifikasi Acer Nitro 5

Nitro 5 yang direviu kali ini adalah spesifikasi kedua paling tinggi menggunakan AMD Ryzen™ 7 sebagai cip pemprosesanya.

Skrin yang digunakan kali ini adalah sebesar 15.6 inci QHD dengan kadar refresh 165Hz.

Tidak lupa dengan 16GB RAM DDR4 3200MHZ (2 x 8GB). Dengan WiFi 6 dan mempunyai satu port USB 3.2 Gen 2, dua port USB 3.2 Gen 1 dengan satu port USB-C, satu port HDMI 2.1 dan headphone jack 3.5mm.

Reka bentuk rupa Nitro 5

Pertama kali memegang komputer riba terasa seperti komputer riba bajet yang lain.

Rekaannya Nitro 5 ini boleh dikatakan minima dari mana-mana komputer riba gaming di luar sana. Acer mengurangkan beberapa warna merah dan kali ini nampak lebih kemas.

Konfigurasi papan kekunci yang boleh mengubah RGB 4 zone akan membuatkan komputer riba anda nampak lebih hebat.

Power plug yang kini dibelakang memudahkan kita dengan cable management.

 

Prestasi bermain permainan video yang melebihi jangkaan

Tiga permainan video yang boleh memerlukan penggunaan spesifikasi komputer yang intensif dan tinggi telah dicuba iaitu Monster Hunter World dengan High Resolution texture pack, Horizon Zero Dawn, dan World of Warships.

 

Monster Hunter World – High Res

Monster Hunter mendapat 70 fps secara purata dan akan turun ke 60 fps apabila mempunyai efek istimewa yang banyak di skrin.

Pemainan yang lancar tanpa apa-apa masalah untuk beberapa jam permainan.

Dengan mengurangkan grafik sedikit untuk beberapa fungsi membuatkkan Monster Hunter melonjak ke 100fps dan ke atas.

 

Horizon Zero Dawn

Horizon Zero Dawn terkenal dengan pemandangan cantik dan grafik yang mempunyai sekitar 70-90 fps purata sepanjang permainan.

Dengan skrin QHD, Horizon Zero Dawn nyata antara permainan paling cantik untuk dilihat.

Semua permainan ini dimain dengan tetapan grafik penuh dan paling tinggi.

 

World of Warships

World of Warships antara permainan video yang sangat intensif untuk dimainkan. Paras FPS ketika bermain adalah dalam 75 FPS.

Ia adalah permainan perang antara kapal yang mempunyai pemandangan yang boleh dikatakan cantik walaupun permainan mengenai peperangan.

Pertimbangan untuk Acer Nitro 5

1. Bunyi kipas yang kuat ketika bermain permainan video yang intensif.

Tidak dinafikan sistem kipas Acer Nitro 5 kali ini adalah sangat berkualiti. Bunyi kipas yang kuat adalah hanya apabila bermain permainan video dengan grafik yang intensif.

Apabila menggunakan Acer Nitro 5 ini untuk bekerja, bunyi kipas itu tidak sehingga mengganggu.

Lagipun ramai para gamers sekarang menggunakan fon telinga mahupun fon kepala untuk bermain permainan video. Jadi perkara ini mungkin tidak akan mengganggu anda.

 

2. Penggunaan bateri kurang memuaskan

Penggunaan bateri untuk bermain permainan video adalah tidak disarankan. Ketika bermain, batteri menurun 1-2 jam.

Tetapi jika anda hanya menggunakannya untuk kerja-kerja yang tidak intensif, ketahanan bateri Acer Nitro 5 ini boleh dikatakan agak baik.

Adalah lebih baik kita menggunakan power cable untuk bermain permainan video.

Kesimpulan

Sudah beberapa tahun siri Nitro 5 masih menjadi antara komputer riba bajet paling popular. Nitro 5 2021 kali ini mengejutkan kita dengan prestasi yang sangat memuaskan terutamanya apabila bermain permainan video.

Acer berjaya mencantikkan lagi rekaan supaya lebih minimalis. Hardware yang boleh dikatakan antara komputer riba bajet terbaik setakat ini.

Acer Nitro 5 2021 kali ini tidak rugi untuk dibeli oleh para gamers di luar sana. Kompute riba ini nyata akan membantu anda bukan sahaja untuk bermain permainan video malah boleh digunakan untuk bekerja.

RELATED NEWS

+