Review awal Wuthering Waves – sistem combat yang best tetapi ada beberapa isu

Beberapa hari sudah berlalu sejak pelancaran Wuthering Waves.

Terdapat beberapa aspek yang bakal menjadi penentu untuk anda terus bermain permainan video gacha dunia terbuka dari KuroGames ini.

Sudah semestinya terdapat beberapa isu tetapi Wuthering Waves juga mempunyai asas yang kukuh untuk menjadi lebih baik.

Untuk ramai pemain Genshin Impact di luar sana, saya tidak akan membandingkan kedua-dua permainan ini secara menyeluruh.

Review ini akan dibuat berdasarkan merit Wuthering Waves.

Saya akan mengasingkan review ini kepada tiga kategori iaitu combat, penceritaan dan eksplorasi.

Combat

Tanpa disangkal lagi combat adalah bahagian paling seronok dalam Wuthering Waves.

Perlawanan yang penuh pantas dengan sistem yang memerlukan anda untuk solo, mengelak dan parry musuh.

Setiap elakan dan tangkisan dalam Wuthering Waves memberikan anda masa lebih untuk mengalahkan musuh dengan lebih mudah.

Anda juga perlu memastikan ahli pasukan anda mempunyai sinergi yang baik tertutamanya dalam menukar skills, liberations, intro/outro skills dan juga Echo skills.

Combat dalam permainan ini ditambah lagi dengan animasi cantik memberikan anda rasa sangat puas hati jika anda berjaya mengalahkan bos.

 

Setakat ini tidak banyak lagi karakter yang wujud dalam Wuthering Waves jadi beberapa ahli pasukan anda adalah terhad.

Sistem Echo yang diperkenalkan Wuthering Waves membawa sedikit kelainan dalam permainan ini.

Tetapi yang dirisaukan adalah jumlah masa yang anda perlukan untuk grind setiap Echo yang ada hanya untuk menjadikan karakter anda lebih baik.

Sudah semestinya pada masa hadapan lebih banyak karakter lagi yang akan keluar dan menjadikan pembinaan karakter lebih mendalam dan penuh sinergi.

Penceritaan

Don't worry, story haters, Wuthering Waves will soon let you skip more of  those pesky cutscenes | VG247

Tanpa memasuki spoilers penceritaan setakat ini sangatlah lemah.

Pada awal permainan anda akan disajikan dengan penuh kosa kata yang anda tidak faham tetapi akan diterangkan selepas itu.

Terlalu banyak info diberikan kepada anda pada awal permainan ditambah dengan beberapa dialog yang sangat panjang tanpa sebab.

Beberapa karakter dalam Wuthering Waves juga tidak mempunyai personaliti yang menarik walaupun dengan rekaan yang cantik.

Antara karakter yang menarik dalam penceritaan setakat ini adalah Scar yang menjadi antagonis pertama anda.

Penceritaan permainan sebegini sentiasa boleh ditambah baik lagi tetapi tanggapan pertama sedikit lemah untuk Wuthering Waves.

Anda juga mempunyai butang Skip untuk meneruskan permainanan tanpa mengambil tahu penceritaan.

Lakonan Suara

Saya hanya menggunakan lakonan suara Bahasa Jepun tetapi ada juga menukarkannya kepada Bahasa Inggeris.

Untuk Bahasa Jepun lakonan suaranya baik dan sangat sesuai dengan penceritaan.

Namun tidak untuk Bahasa Inggeris. Hal ini mungkin disebabkan oleh arahan yang pelakon suara terima.

Terdapat beberapa dialog dalam Bahasa Inggeris yang membuatkan anda hairan dengan keadaan apa yang berlaku dalam penceritaan seolah-olah tidak sesuai dengan keadaan.

Sudah semestinya perkara sebegini boleh ditingkatkan lagi untuk menjadi lebih baik.

Eksplorasi

Eksplorasi dalam Wuthering Waves tidak lah seteruk yang disangka.

Ia meminjam beberapa elemen dari Genshin Impact seperti mengutip barang-barang material, crafting, mencari chest, warp points dan lain-lain.

Tetapi dunia Wuthering Waves yang memberi fokus kepada dunia pasca kiamat sangat sesuai dengan tema permainan ini.

Estetik permainan ini lebih kepada minat dan kesukaan masing-masing.

Warna dalam Wuthering Waves adalah sedikit malap untuk tema pasca kiamat.

wuthering waves scenery in 2024 | Anime scenery, Waves, Scenery

Terdapat beberapa tempat yang sangat cantik penuh dengan warna-warna terang tetapi beberapa tempat sangat malam dam suram untuk menyokong tema yang ada.

Pergerakan dalam permainan ini lebih pantas berbanding Genshin Impact dari penukaran kombat, penggunaan grappling hook untuk pergi ke tempat tinggi.

Anda juga boleh dash sekali di udara selepas melompat.

Hanya beberapa pergerakan menaiki dinding menjadi sedikit janggal ketika anda berlari pantas.

Puzzles atau teka-teki yang ada dalam Wuthering Waves sangat unik.

Walaupun mudah tetapi terdapat juga beberapa puzzles yang memerlukan anda untuk berfikir.

Secara keseluruhannya, dunia Wuthering Waves sedikit kurang dan bukanlah fokus utama permainan ini.

Sistem Gacha Wuthering Waves

Sistem Gacha yang wujud hanyalah untuk memberikan pemain mendapatkan Resonators (karakter) dan Weapons yang ada.

Seperti gacha moden, Wuthering Waves mempunyai sistem pity dalam gacha mereka di mana 80 pulls memberikan anda karakter Lima Bintang.

Bagi pemain baharu, anda akan mendapatkan banner gacha 50 pull pertama untuk mendapatkan karakter Lima Bintang yang kemudiannya akan ditukarkan menjadi banner pilihan karakter Lima Bintang anda sendiri.

Banner Event adalah banner yang mempunyai Resonators baharu.

Masalah Teknikal

Setakat ini ramai pemain melaporkan masalah teknikal seperti lag, crash, dan banyak lagi pepijat lain.

Pengalaman ini berbeza untuk setiap pemain kerana ada yang tidak langsung menjumpai masalah-masalah yang ada ini.

Kuro Games juga sudah mengeluarkan kenyataan untuk memperbaiki lagi beberapa masalah teknikal yang ada untuk Wuthering Waves.

Kesimpulan

Akhir kata, Wuthering Waves mempunyai banyak kelebihan yang lain tetapi mereka juga sudah mengambil inspirasi dari permainan video dunia terbuka yang lain.

Penceritaan yang kurang setakat ini dan beberapa masalah teknikal yang lain perlu menjadi fokus utama Kuro Games.

Benda yang paling menyeronokkan dalam Wuthering Waves adalah sistem perlawanan.

Setakat ini Wuthering Waves diberikan skor 7/10.

Saya akan tetap terus bermain dan meneruskan penerokaan dalam permainan ini.

Jika anda berminat untuk bermain, jangan terlalu risaukan penceritaan awal, nikmati permainan combat Wutherting Waves yang pantas dan memuaskan dan berdoa anda tidak akan terjumpa pepijat yang mengganggu sesi permainan anda.

RELATED NEWS

+