Review: HyperX Cloud Mini pilihan sesuai untuk gamers dalam kalangan kanak-kanak

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Bagi golongan kanak-kanak, nak cari fon kepala gaming mungkin menjadi satu cabaran. Anda nak sesuatu yang mudah digunakan, selamat dan tahan lasak. Tak perlu lagi risau kerana HyperX Cloud Mini ada kesemua ciri ini.

Fon kepala ini menggabungkan ciri keselesaan, kegunaan dan beberapa ciri menarik lain bagi menjadikan pengalaman gaming lebih seronok untuk kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun. 

Warna tersedia

HyperX Cloud Mini tersedia dalam beberapa pilihan warna untuk kesesuaian gamers dalam kalangan kanak-kanak. Pemilihan warna terang membawakan vibe bertenaga dan playful, sesuai untuk kanak-kanak yang ingin menyerlah dan mengekspresikan diri mereka. 

Warna Lavender pula menawarkan estetik lebih tenang dan relaks, sesuai untuk mereka yang gemarkan luaran lebih gentle dan soft. Akhir sekali, warna Hitam klasik adalah lebih anggun dan versatail, sesuai untuk kanak-kanak yang gemarkan rekaan tidak ditelan zaman.

Sebagai gamer, saya rasa teruja apabila HyperX sangat mementingkan kualiti pemilihan warna ini. Tak kira personaliti atau gaming setup macam mana pun, pasti ada warna sesuai untuk dipadankan.

Keselesaan dan ciri mudah alih

HyperX Cloud Mini direka khas untuk gamers dalam kalangan kanak-kanak kerana dan ia adalah sesuatu yang menarik dan baru untuk jenama seperti HyperX menyasarkan golongan usia muda sebegini.

Rekaannya yang ringan (130g) dan kusyen telinga yang lembut memastikan penggunaan berjam-jam dengan selesa biarpun ketika marathon gaming berlangsung dengan lama.

Cup telinga juga boleh dilaraskan dan ia antara fungsi yang menarik kerana ia bukan saja menawarkan keselesaan tapi juga boleh disimpan dengan mudah. Sama ada anak anda ingin bermalam di rumah rakan ataupun mengemas barang mereka untuk ke sekolah, cup telinga boleh laras ini menjadikan fon kepala ini mudah dibawa ke mana-mana.

 

Foto: HyperX 

Had volum untuk keselamatan

Keselamatan adalah paling utama terutamanya untuk kanak-kanak. Cloud Mini hadir dengan ciri yang membolehkan volum dihadkan kepada 85dB. Ini bagi memastikan kanak-kanak dapat menikmati permainan dimainkan tanpa risiko kehilangan pendengaran.

Bayangkan kanak-kanak bermain game Minecraft atau Mario Kart dalam sesi begitu lama. Dengan fon kepala tradisional, mereka akan menyelaraskan volum ke tahap lebih tinggi yang boleh merisikokan masalah pendengaran jangka lama.

Ciri di Cloud Mini ini memastikan tak kira sekuat mana mereka mahu naikkan volum, ia selamat di kadar 85dB atau lebih perlahan. Anda sebagai ibu bapa boleh relaks dan yakin pendengaran anak anda tidak berisiko walaupun dalam sesi gaming lebih lama.

Ciri-ciri menarik lain

Cloud Mini direka untuk menjadikan pengalaman gaming lebih mudah dan seronok untuk kanak-kanak. Mikrofon flip-to-mute ini sangat praktikal untuk mematikan bunyi dengan cepat ketika bermain tanpa perlu mencari butang ketika perlawanan berlangsung.

Fon kepala ini juga menyokong fungsi multi-pelantar, berfungsi dengan lancar di PC, konsol dan peranti mudah alih. Sama ada mereka bermain di Nintendo Switch atau di tablet, semua game boleh dimainkan secara terus dengan fon kepala ini tanpa masalah.

Foto: HyperX 

Pilihan dengan wayar atau nirwayar

HyperX Cloud Mini menawarkan fleksibiliti dengan pilihan model bersama wayar atau nirwayar. Model nirwayar menawarkan sehingga 25 jam ketahanan bateri, memastikan gameplay tidak terganggu. Untuk versi lebih murah, versi bersama wayar memberikan kualiti audio yang sama tanpa perlu untuk caj.

Kedua-dua model boleh didapatkan dengan harga kira-kira RM230 (nirwayar) dan RM149 (model biasa), menjadikan ia pilihan mampu milik kepada ibu bapa.

Kesimpulan

Apa pun, HyperX Cloud Mini adalah fon kepala yang merupakan pilihan serba lengkap untuk gamers kanak-kanak. Dengan kombinasi keselesaan, keselamatan dan ciri-ciri praktikal, ia sesuai untuk ibu bapa yang inginkan pengalaman gaming lebih menarik dan seronok untuk anak mereka. Sama ada mereka bermain game di rumah atau di mana saja, Cloud Mini memastikan mereka dapat bermain dengan selesa dan bergaya.

Jika anak anda memerlukan fon kepala yang berpatutan dan mempunyai ciri menarik, HyperX Cloud Mini tidak dinafikan menjadi pilihan tepat. Anda boleh mendapatkannya di platform e-dagang Shopee dan Lazada serta stor IT berdekatan.

RELATED NEWS

+