Review: Olympics Games Tokyo 2020 – The Official Video Game Serlahkan Semangat Kesukanan Dalam Diri

Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap 4 tahun sekali dengan dua acara iaitu Olimpik Musim Panas dan Olimpik Musim Sejuk yang diadakan selang-seli dua tahun sekali. Tanpa disangkal lagi, Sukan Olimpik merupakan antara acara sukan yang paling berprestij yang mana lebih 200 negara menghantar atlet-atlet terbaik bagi menjulang  

Untuk meraihkan Sukan Olimpik Musim Panas yang bakal berlangsung di bandar Tokyo, Jepun pada 2020, SEGA Games menerusikan tradisi video game bertemakan Olimpik dengan 4 jenis game berbeza untuk pelbagai platform. Selain Mario & Sonic at the Olympic Games Tokyo 2020, pemain akan berpeluang untuk bermain sebagai atlet Olimpik dalam Olympics Games Tokyo 2020 – The Official Video Game.

Apa itu Olympics Games Tokyo 2020 – The Official Video Game?

Sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020, ini merupakan sebuah game rasmi yang menampilkan sukan-sukan tradisional Olimpik khas untuk peminat sukan di seluruh dunia. 

Bagi edisi game rasmi Olimpik Tokyo 2020 pula, 16 jenis sukan Olimpik popular dimasukkan untuk pemain merasai pengalaman Olimpik tersendiri iaitu:

  • Lari 100m
  • Lari berpagar 100m
  • Lontar peluru
  • Lompat jauh
  • Renang gaya bebas 100m
  • Renang individual medley 200m
  • BMX
  • Tinju
  • Tenis berseorangan dan berpasangan
  • Ping pong berseorangan dan berpasangan
  • Bola tampar pantai
  • Bola sepak
  • Bola keranjang
  • Besbol
  • Ragbi 7 (akan datang pada September 2019)
  • Judo (akan datang pada November 2019)
  • Sukan mendaki (akan datang pada Februari 2020)
  • Lari berganti-ganti 100m (akan datang pada April 2020)

Lebih-lebih lagi, setiap jenis sukan di atas akan mengambil tempat di lokasi sebenar. Ini bermakna pemain boleh melihat seluruh stadium Olimpik Tokyo dan kawasan kampung sukan Olimpik di Harumi Waterfront dengan mata kepala sendiri dalam game ini!

Apa yang menarik tentang Olympics Games Tokyo 2020 – The Official Video Game?

Korang boleh hasilkan atlet mengikut raut wajah korang tersendiri melalui mod Detailed Edit

Olympics Games Tokyo 2020 – The Official Video Game benar-benar mengalu-alukan pemain untuk mencipta nama sendiri dengan atlet tersendiri dan pilih tahap kesukanan pemain yang dibahagikan ke dalam tiga kategori: Power, Speed dan Technique. Korang boleh menghasilkan atlet tersendiri dalam mod ‘Edit’ yang menampilkan pelbagai jenis pengubahsuaian yang agak teliti dari raut muka sehinggalah bentuk tubuh badan. 

Korang juga boleh mengubahsuai pemakaian atlet mengikut citarasa korang tersendiri dan boleh menyalin pakaian yang sama untuk sukan lain. Terdapat pelbagai jenis pakaian ditawarkan dalam game seperti maskot rasmi Olimpik Tokyo 2020, Miraitowa, kostum ninja dan macam-macam lagi. Lebih menarik lagi, nama ahli pasukan untuk sukan berkumpulan mengikut nama-nama orang Malaysia seperti Liew, Awang, Hadi dan ramai lagi.

Untuk memakai pakaian yang dikunci, korang boleh dapatkan terus dengan menggunakan mata Available Points yang dikurniakan setiap kali perlawanan selesai

Melalui Olympic Games, korang boleh bermain secara solo untuk mengumpul pingat daripada setiap sukan. Tahap pertandingan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu suku akhir (quarter finals), separuh akhir (semifinals) dan pertandingan akhir (finals). Selain itu, korang juga boleh bermain sehingga 2 orang untuk mod offline manakala 4 orang semasa mod online

Cara bermain game ini bergantung kepada acara sukan tetapi kebanyakan kawalan game ini bergantung kepada kedua-dua joystick dan punat butang controller. Sebagai contoh, acara sukan lari dan lari berpagar mempunyai kawalan yang sama iaitu menekan butang X bertalu-talu untuk berlari dan melompat menggunakan joystick sebelah kiri.

Korang juga boleh menyusun sukan-sukan yang mahu dimainkan melalui Medley yang berfungsi seperti setlist lagu. Medley adalah satu senarai yang meletakkan sukan dipilih oleh pemain akan bermain secara automatik tanpa perlu kembali ke menu utama.

Untuk Rank Games pula, pemain akan bermain secara kompetitif untuk berhadapan dengan pemain dari seluruh dunia bagi merebut gelaran atlet terbaik dalam sukan yang dipertandingkan.

Dengan pelbagai sukan disertakan dalam game ini, korang boleh latih diri dan bagaimana cara sesuatu sukan itu dimainkan terlebih dahulu dalam mod Training. Semakin banyak korang main acara sukan, korang akan menerima petua-petua untuk mempertingkatkan kebolehan sukan yang boleh dibaca melalui segmen My Data

Apa yang kurang menarik tentang Olympics Games Tokyo 2020 – The Official Video Game?

via Gfycat

Semasa saya mula bermain Olympics Games Tokyo 2020 – The Official Video Game, saya perlu biasakan diri dengan kawalan dan arahan permainan itu. Setelah korang dapat tahu keseluruhan kawalan, ia agak mudah dan lama kelamaan, korang akan merasa bosan dengan kawalan yang hanya menekan butang sehingga ibu jari tangan jadi penat dan asyik memusing joystick.  

AI atau karakter lawan berkomputer juga agak susah untuk dikalahkan terutamanya semasa permainan perseorangan. Semakin lama korang menuju ke peringkat akhir sukan berpingat, AI dalam peringkat akhir mempunyai kuasa luar biasa yang sukar untuk ditandingi.

Kawalan permainan untuk beberapa jenis sukan juga tidak begitu tepat. Sebagai contoh, bola sepak ada masalah untuk menghantar bola kerana penghantaran bola itu tiba-tiba tersasar ke kawasan lain dan tidak dihantar ke ahli pasukan kita. Terdapat juga kejadian glitch berlaku apabila pihak lawan berjaya menjaringkan gol tetapi bola berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol tetapi pasukan lawan menerima satu mata kerana bola itu melepasi sedikit barisan jaring kotak bola sepak.

Setiap sukan ada kebolehan tersendiri dan ianya berbeza-beza untuk setiap sukan. Sebagai contoh, ada tiga kebolehan untuk sukan renang iaitu Spurt Speed, Swim Speed dan Dive Speed

Ingat tak saya kata tentang tahap kesukanan seseorang atlet? Game ini tidak menjelaskan apa sebenarnya ciri-ciri untuk setiap kebolehan ini dan kesan apa diberikan kepada kesemua 16 sukan dalam acara Olimpik ini. Lebih pelik lagi, semua pemain akan mempunyai tahap kebolehan yang berbeza untuk setiap sukan seperti di atas dan kebolehan itu tidak boleh diubahsuai atau dipertingkatkan kerana semua itu telah ditetapkan secara automatik dalam game.

Meskipun game ini dituju khas untuk peminat sukan Olimpik, cara permainan game rasmi sempena Olimpik Tokyo 2020 ini tidak setanding dengan game sukan popular lain seperti FIFA, eFootball PES, NBA dan lain-lain. Tetapi, ia tidaklah adil jika dibandingkan game yang menggabungkan pelbagai jenis sukan dengan game yang hanya fokus kepada satu sukan sahaja seperti FIFA & eFootball PES untuk bola sepak.

Secara kesimpulannya…

via Gfycat

Walaupun ia tidak setanding game sukan popular di pasaran, Olympics Games Tokyo 2020 – The Official Video Game sebenarnya sangat menyeronokkan jika bermain bersama-sama seisi keluarga dan rakan-rakan.

Selain bermain 16 sukan, mengubahsuai muka atlet dan memakai pelbagai jenis pakaian, SEGA bakal berhadapan dengan atlet-atlet terkenal Jepun dalam masa terhad melalui satu update yang bakal menyusul.

Antara atlet yang akan ditampilkan dalam game ini adalah Katsumi Nakamura (sukan renang bebas 100m), Takeshi Matsuda (renang indivdual medley 200m), Ai Fukuhara, Miu Hirano, Hina Hayata (snooker), Kaho Sakaguchi, Reika Murakami (bola tampar pantai) Ryota Yamagata, Aska Cambridge (lari pecut 100m) dan Saori Yoshida (semua olahraga).

Olympics Games Tokyo 2020 – The Official Video Game kini telah dilancarkan di PS4 dan Nintendo Switch pada 24 Julai 2019. 

Terima kasih kepada Epicsoft Asia atas kod permainan.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+