Review realme 13 5G: Prestasi baik dengan bajet rendah

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

realme 13 5G akhirnya dilancarkan dan ia dipasarkan sebagai gaming phone mampu milik yang berkuasa, dengan harga hanya RM1,199. Ia hadir dengan dua pilihan warna menarik; dark purple dan speed green selain menyertakan casing transparent, kabel pengecasan dan kepala pengecas 2-pin.

Kini persoalannya: adakah ia sebuah peranti ‘Speed to Victory’ seperti yang diwar-warkan? Jom tengok apa yang menariknya tentang peranti terbaharu ini.

Ketahanan Bateri: Tahan sepanjang hari, walaupun untuk gamers

Dengan kapasiti bateri 5,000mAh, realme 13 5G dibina untuk ketahanan yang lama. Sama ada anda scroll menerusi media sosial, mendengar muzik atau bermain game, anda tak perlu risau untuk peranti ini tahan sepanjang hari.

Jom kita kira: 

5,000mAh – tujuh (7) jam untuk pengalaman berterusan bermain Free Fire.
Pengecasan pantas 45W SUPERVOOC selama lima minit membolehkan anda terus bermain game sehingga 30 minit. Ia cukup hebat jika anda ingin rehat sekejap dan cas peranti.

Prestasi Gaming: Sesuai untuk kasual, sedikit struggle dengan game yang perlukan pemprosesan grafik tinggi

realme 13 5G dikuasakan oleh Mediatek Dimensity 6300 sistem penyejukan Stainless Steel Vapor Cooling yang akan mengelakkan peranti ini dari cepat panas ketika sesi gaming

Bagi permainan popular dan juga judul e-sukan seperti Mobile Legends, Honor of Kings dan Free Fire, ia sangat lancar untuk dimainkan namun dengan judul permainan yang memerlukan kuasa grafik lebih tinggi seperti Honkai: Star Rail dan Love and Deepspace, anda akan mengalami penurunan FPS yang ketara dan perlu mengurangkan kualiti grafik untuk sesi permainan lebih lancar. 

Terdapat juga mod Game Focus untuk block notifications yang mengganggu dan anda boleh merekod gameplay dengan penambahan voice-changing yang sudah terbina. Sesuai untuk streaming atau bermain bersama rakan. 

Foto: realme

Dengan ciri-ciri gaming yang diperkenalkan termasuk mod sesuai untuk gamers, ia ditunjukkan dari segi prestasi dunia sebenar di mana permainan Mobile Legends, Honor of Kings dan Free Fire dimainkan tanpa masalah.

Namun, permainan dengan grafik lebih intensif seperti Honkai: Star Rail ataupun permainan kegemaran 4D husbando korang, Love and Deepspace boleh dimainkan pada kadar yang biasa (terdapat penurunan FPS dan hanya boleh dimainkan pada kualiti paling rendah). 

Ini adalah FPS dan tetapan grafik pada realme 13 5G untuk game-game yang dinyatakan:

Screenshot untuk Honor of Kings

Screenshot untuk Honkai: Star Rail

Screenshot untuk Mobile Legends: Bang Bang

Screenshot untuk Love and Deepspace

Ketahanan

Dari segi ketahanan, ia hadir dengan tempered glass front dan permukaan yang tahan lasak. Ini maksudnya anda tidak perlu risau dengan kesan calar dan jika peranti terjatuh. Jika ia terlepas dari tangan, tak perlu risau dengan ketahanan peranti ini.

Walaupun bukan sepenuhnya kalis air, tapi ia adalah water-resistant. Jika anda terkena hujan, tak perlu panik. Tapi janganlah berenang dengan peranti ini pula.

Camera: Dual-View Magic untuk Pencipta Kandungan

Tetapan kamera menawarkan Video Dual-View yang membolehkan anda rekod apa yang ada di depan dan reaksi anda pada masa sama. Ia bukan ciri yang digunakan semua orang tapi ia seronok digunakan lagi-lagi kalau anda minat vlogging dan mencipta kandungan.

Ia juga menyokong rakaman video 2K yang agak hebat untuk peranti pintar dalam jarak harga seperti ini (midrange). Anda perlu tahu yang ini adalah peranti harga mampu milik jadi jangan pula terlalu high expectation. Tapi untuk harga ini, video 2K adalah sentuhan menarik. 

Perbezaan foto antara realme 13 5G, iPhone dan Samsung tanpa edit dan touchups:

Satu lagi fungsi menarik adalah Screen-Off Gestures. Tatal atau tekan untuk melakukan beberapa actions walaupun skrin dimatikan. Ia mungkin bukan perkara yang besar namun ia satu yang agak menarik.

Kesimpulan: gaming phone yang memang sesuai untuk gamers dengan bajet rendah

Jika anda gemar bermain game popular seperti yang dinyatakan di atas, pastinya ini adalah pilihan terbaik. Namun, jika anda push untuk game dengan kualiti grafik tinggi, ia agak sukar.

Namun, peranti ini lengkap dengan ketahanan bateri yang sangat baik untuk sesi gaming berterusan dan sesuai untuk pemain pro atau jika anda gemar menyertai pertandingan e-sukan. Dengan harganya yang mampu milik, pengalaman gaming anda pasti lebih lancar namun pada masa sama tidak perlu risau dengan kualiti game dimainkan.

Kalau anda rasa realme 13 5G ini sesuai untuk anda, boleh pra-tempah sekarang di platform e-dagang di Shopee, Lazada, or TikTok Shop dengan harga RM1,199


Follow kami di WhatsAppInstagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+