Review realme GT7 Pro: Prestasi berkuasa untuk sesi gaming berpanjangan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

realme GT7 Pro adalah tawaran baharu daripada realme Malaysia. Berharga RM3,699, ia dikenali dengan keupayaan kecerdasan artifisial (AI) malah teknologi ini turut dimuatkan untuk sesi gaming jadi pengalaman anda bermain game boleh dikatakan lebih lancar dan imersif.

    

Dengan cip pemprosesan Snapdragon Elite 8, ia adalah cip Snapdragon yang berkuasa dan mampu mengubah pengalaman gaming anda. Malah, ia juga menawarkan pengecasan pantas dari 0% ke penuh dengan hanya 40 minit sahaja.

Jom ikuti review penulis bermain beberapa permainan mudah alih menggunakan realme GT7 Pro:

1. Mobile Legends

Permainan mudah alih lima lawan lima ini sememangnya dikenali ramai dan dianggap antara permainan paling popular di Malaysia.

Dari segi grafik, penulis menggunakan tetapan GT Mode dan kadar bingkai (FPS) menunjukkan 120Fps yang boleh dikatakan sangat lancar. Selain itu, realme GT7 Pro menawarkan tetapan ‘performance boost’ melalui game toolkit.

Ciri ini sangat membantu menjadikan visual lebih cantik dalam permainan.

Peranti ini juga menyokong fungsi AI Gaming Super Resolution dan AI Gaming Super Frame yang menjadikan permainan lebih imersif sehingga 120FPS dan menyokong sehingga 1.5K resolution.

Dalam MLBB, fungsi butang dan juga visual tidak menjadi masalah dan bateri juga bertahan biarpun sudah bermain lebih dari beberapa pusingan. Malah, penulis rasakan sesi gaming MLBB yang lama tidak menjadikan peranti ini panas.

Selain itu, game focus mode membuatkan setiap notifikasi akan dihalang dari muncul ketika anda bermain game. Ia sangat berguna untuk sesi bermain yang panjang tanpa gangguan. Jika anda ingin elakkan panggilan, gunakan saja fungsi call blocker.

Game focus mode juga menghalang anda dari keluar dari permainan. Misalnya kalau jari anda banyak kali ‘swipe’ home button ia tidak akan menjadi masalah.

2. Honor of Kings

Dengan tetapan sehingga 120FPS, permainan ini dimainkan dengan lancar tanpa gangguan namun masih mengekalkan visual dan pergerakan yang teratur bagi setiap karakter dan skill dikeluarkan.

Sama seperti MLBB, HOK adalah permainan yang ‘jimat’ bateri dan tidak panas biarpun penulis bermain untuk tempoh yang lama.

3. Genshin Impact

Bagi game yang lebih ‘berat’ dan menggunakan grafik yang tinggi seperti Genshin Impact, ia boleh dimainkan dengan tetapan 30FPS namun masih mengutamakan sesi lebih lancar dan ia tidak begitu panas jika dimainkan begitu lama, berbanding peranti flagship yang penulis cuba sebelum ini.

 

Namun, yang menjadi pilihan semestinya 60FPS dengan tetapan tertinggi. Meskipun ditulis overclocked, namun prestasinya masih lancar, tiada ‘stutter’ walaupun dalam dungeon dengan ramai monster.

Setiap skill digunakan dengan visual menarik dan pertukaran character secara on-the-go juga tiada masalah. Namun, lebih lama anda bermain, peranti akan sedikit panas kerana overclocked

4. PUBG Mobile

Game ini antara yang menjadi highglight untuk peranti realme GT7 Pro kerana ia menjadi permainan yang menyokong fungsi pengubahan filter dari gametool kit.

 

Anda boleh mengubah filter mengikut kesesuaian. Antara filter boleh digunakan ialah visual beautification yang menjadikan grafik lebih vibrant dan setiap warna lebih menyerlah.

Penulis juga boleh menggunakan tetapan dark enhancement dan penulis rasakan mod ini sesuai bagi sesiapa yang lebih sukakan suasana yang sedikit gloomy dan muram.

Dari segi gameplay, ia sangat lancar di mana setiap tapak kaki kedengaran dengan jelas malah tembakan juga boleh dibidik dengan baik.

Dari segi pengawalan kenderaan juga tiada masalah dan setiap loading untuk kawasan baru dalam peta juga sangat lancar.

5, Asphalt 8

Di Asphalt 8, permainan terasa lebih imersif di mana visualnya sangat menarik perhatian penulis. 

Setiap perlumbaan juga sangat mencabar dengan animasi yang lancar di Adreno 730 GPU. Penulis rasakan stereo speaker ini mempunyai audio yang sangat baik.

Secara keseluruhan, penulis merasakan peranti pintar flagship dari realme ini sememangnya wajar dibeli untuk anda yang gemar bermain game di mana-mana sahaja.

Prestasi yang baik dengan keupayaan untuk menaikkan FPS dan menetapkan filter antara kelebihan realme GT7 Pro berbanding peranti lain. Dengan harga RM3,699, pastinya ia menjadi peranti pilihan untuk mereka yang mencari flagship dengan harga lebih mampu milik berbanding jenama terkemuka lain.

RELATED NEWS

+