Rex tak lagi bersama Secret Jin

Pemain profesional PUBG Mobile, Asyam Allam Hafiz Syayuti atau Rex tidak lagi bersama skuad Thailand, Secret Jin.

Dalam pengumuman di posting Instagram semalam, organisasi itu mengucapkan terima kasih kepada pemain kelahiran Malaysia ini di atas sumbangan dan menjadi sebahagian daripada skuad mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Secret Jin 🇹🇭 (@secretjinesports)

Rex juga dilaporkan tidak lagi akan bersama Team Secret MY dan kini menjadi ejen bebas.

Sebelum ini di PMPL Thailand, skuad Secret Jin tidak lolos ke finals sekali gus hilang kelayakan untuk merebut slot ke PMPL SEA S3.

RELATED NEWS

+