Riot Forge lancar dua permainan berasaskan kisah LoL – Ruined King & Hextech Mayhem

Riot Forge, satu cabang daripada Riot Games melancarkan dua permainan pertama mereka, Ruined King: A Leeague of Legends Story dan Hextech Mayhem: A League of Legends Story.

Ruined King: A League of Legends Story dibangunkan bersama Airship Syndicate, ia adalah permainan RPG seorang pemain.

Ia berlatarkan dunia Runeterra di dua wilayah iaitu Bilgewater – sebuah bandar perlabuhan yang didiami oleh pemburu raksasa laut, geng pelabuhan dan penyeludup serta Shadow Isle – sebuah tanah yang disumpah oleh Black Smith.

Ruined King menampilkan barisan champion League of Legends iaitu Miss Fortune, Illaoi, Braum, Yasuo, Ahri dan Pyke. 

Ruined King: A League of Legends Story akan tersedia untuk platfrom Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X|S, PlayStation 4 dan PlayStation 5. Bagi pemain PS4 dan Xbox One yang sudah memiliki versi lama, boleh dinaiktaraf secara percuma. 

Hextech Mayhem: A League of Legends Story pula dibangunkan bersama Choice Provision, sebuah permainan rhythm runner di mana pemain perlu melakukan lompatan-bom dan serangan bom mengikut rentak runut bunyi, elak halangan, melemahkan musuh dan mencapai kekacauan maksima dengan menghasilkan rantaian letupan yang memuaskan. 

Hextech Mayhem: A League of Legends Story akan tersedia di Nintendo Switch, PC melalui Steam, GOG.com dan Epic Games Store serta aplikasi mudah alih Netflix.

Selain dua permainan ini, Riot Forge juga mengumumkan akan melancarkan beberapa lagi permainan baru pada 2022 seperti Song of Nunu: A League of Legends Story dan CONV/RGENCE: A League of Legends Story.

Harga

Ruined King: A League of Legends Story akan dijual dengan harga $29.99 (RM125.15) bagi edisi biasa dan $39.99 (RM166.90) bagi edisi Deluxe – yang mana akan didatangkan pelbagai barangan dalam permaina menarik seperti Pek Permulaan Ruination, Kulit Ruined untuk setiap hero.

Peminat juga boleh mendapatkan Collector’s Edition dengan harga $129.99 (RM542.51) dengan disertakan Buku Seni, lakaran eksklusif Joe Madureira, vinil runut bunyi dan lain-lain.

Manakala bagi Hextech Mayhem: A League of Legends Story pula boleh dibeli dengan harga $9.99 (RM41.69). Bagi yang membeli di Netflix ia akan termasuk dalam caj langganan anda.

RELATED NEWS

+