Riot Games buka pejabat penerbitan permainan video baru di Malaysia

Riot Games mengumumkan mereka akan memberi fokus kepada perniagaan mereka di beberapa negara kawasan Asia Pasifik (APAC).

Fokus kali ini adalah penyetempatan, meneraju permainan video, hiburan dan juga jenama gaya hidup termasuk Jepun dan India.

Riot sebelum ini pernah menjalankan perniagaan mereka di Asia Tenggara dan pejabat di Singapura dan Jepun.

Kali ini Riot akan membuka pejabat penerbitan di Malaysia/Indonesia, India, Filipina dan Thailand.

Usaha ini untuk memberi fokus untuk kepada pemain serata dunia.

Riot sendiri mengeluarkan banyak permainan video seperti VALORANT, League of Legends: Wild Rift, Legends of Runeterra, termasuk RIot Forge seperti Ruined King dan Hextech Mayhem.

League of Legends kini juga berjaya mendapat 600 juta permain dalam dekad ini.

Tidak lupa juga siri animasi Arcane yang sangat mendapat sambutan.

“Ini adalah langkah semula jadi dalam perniagaan pengeluaran di Asia Tenggara dan Riot kini mengiktiraf APAC sebagai potensi untuk menjadi kawasan terbesar di dunia untuk Riot. Kawasan Asia Tenggara juga mempunyai komuniti permainan video yang sangat berbeza-beza dan sangat meminati permainan video mudah alih.” ujar Alex Kraynov, Pengarah Urusan Riot Games.

Negara yang bakal menerajui penerbitan APAC ialah:

● Shinji Komiyama, Direktor Pengurusan Negara, APAC
● Jennifer Poulson, Kedua Penerbitan Perkongsian,  APAC
● Alasdair Gray, Kedua Pemasaran , APAC
● Derek Winder, Ketua Pembangunan Perniagaan, APAC
● Yasushi Fujimoto, Pengurus Negara Jepun
● Joel Guzman, Pengurus Negara Filipina
● Resha Pradipta, Pengurus Negara Indonesia/Malaysia

Semua mereka ini bakal meneraju pasukan masing-masing untuk tahun 2022 dan seterusnya.

Pengurus Negara Thailand, Pengurus Negara India dan Ketua Teknologi akan dilantik nanti.

RELATED NEWS

+