Riot Games mengacah agen baru VALORANT melalui kemaskini terkini

Peminat dan pemain VALORANT pasti sudah sedia maklum bahawa pihak Riot Games akan memperkenalkan ejen baru di dalam permainan mereka dalam waktu yang terdekat, iaitu ‘Deadeye’.

Deadeye adalah ejen ke-17 VALORANT yang dikatakan berasal daripada Perancis dan berperanan sebagai Sentinel yang memfokuskan corak permainan mekanikal. Namun, buat masa ini, masih tiada perincian tepat mengenai ejen terbaru ini. 

Selepas kemaskini 3.08, seorang pengguna Twitter Cynprel berkongsi penemuan melalui ciapannya, memperlihatkan video pendek mengenai satu audio yang dikatakan berkemungkinan mempunyai kaitan dengan Deadeye.

Kemungkinan Deadeye akan diperkenalkan secara rasmi semasa Act akan datang. Manakala Act terkini, iaitu Episode 3 Act 2 yang akan berakhir pada 2 November ini. Namun ianya hanyalah spekulasi para peminat buat masa ini. 

Sumber: AFK Gaming.

RELATED NEWS

+