drama di sekitar rantau Brazil dan zombs dari Sentinels yang muncul secara tidak diduga. Walau apa pun yang berlaku di VCT tahun ini, ia akan menjadi bahagian daripada sejarah kejohanan terbesar VALORANT."> drama di sekitar rantau Brazil dan zombs dari Sentinels yang muncul secara tidak diduga. Walau apa pun yang berlaku di VCT tahun ini, ia akan menjadi bahagian daripada sejarah kejohanan terbesar VALORANT." /> drama di sekitar rantau Brazil dan zombs dari Sentinels yang muncul secara tidak diduga. Walau apa pun yang berlaku di VCT tahun ini, ia akan menjadi bahagian daripada sejarah kejohanan terbesar VALORANT." />

Riot Games meraih lebih AS$15 juta dalam dua minggu hasil jualan koleksi VALORANT Champions

VALORANT Champions Tour (VCT) 2021 baru sahaja selesai pusingan kumpulan yang menyaksikan pelbagai gaya permainan yang mantap dari pelbagai rantau. Tidak juga dilupakan drama di sekitar rantau Brazil dan zombs dari Sentinels yang muncul secara tidak diduga. Walau apa pun yang berlaku di VCT tahun ini, ia akan menjadi bahagian daripada sejarah kejohanan terbesar VALORANT.

Antara yang menjadi tanda ukur kejayaan kejohanan ini adalah hasil jualan kostum senjata Vandal dan Karambit Champions dalam permainan. Riot Games melaporkan keuntungan sebanyak AS$15 juta (RM63,262,500). 

Menurut Riot Games, separuh dari keuntungan akan ditujukan kepada semua pasukan yang terlibat tidak mengira kedudukan. Ini bermaksud AS$7.5 juta (RM31,631,250) akan dibahagikan kepada 16 pasukan, setiap satu akan menerima sekitar AS$468,750 (RM1,976,953).

Ini belum termasuk kumpulan hadiah yang pasukan akan terima berdasarkan kedudukan masing-masing.

Kostum Champions Vandal adalah salah satu daripada ‘kostum paling bercita-cita setakat ini,’ menurut Riot. Kostum ini terdapat beberapa ciri yang tidak dilihat di kostum-kostum lain. Ciri-ciri unik termasuk ‘Champions Aura’ dan ‘Finisher’ yang amat unik. Koleksi Champions ini mempunyai Finisher unik yang akan memainkan muzik dari video ‘Die For You,’ lagu rasmi pertandingan itu.

Pemain boleh mendapatkan koleksi dalam permainan dan item lain sehingga 13 Disember iaitu sehari selepas VALORANT Champions Tour berakhir dan juara dunia VALORANT pertama dinobatkan.

RELATED NEWS

+