kenyataan atas siasatan yang dibuat untuk kes penderaan lisan dan buli oleh CEO TSM Andy “Reginald” Dinh."> kenyataan atas siasatan yang dibuat untuk kes penderaan lisan dan buli oleh CEO TSM Andy “Reginald” Dinh." /> kenyataan atas siasatan yang dibuat untuk kes penderaan lisan dan buli oleh CEO TSM Andy “Reginald” Dinh." />

Riot Games saman CEO TSM Reginald RM300,000 dan pemantauan 2 tahun

Riot Games akhirnya mengeluarkan kenyataan atas siasatan yang dibuat untuk kes penderaan lisan dan buli oleh CEO TSM Andy “Reginald” Dinh.

Selepas siasatan terdapat beberapa masalah pembulian yang dilakukan oleh Andy Dinh terhadap pemain-pemain TSM dan juga staf mereka.

Pihak Liga juga mengenakan denda kepada Reginald sebanyak RM300,000 dan ditambah dengan latihan sensitiviti dan juga latihan eksekutif.

TSM juga komited untuk menukarkan barisan mereka dan Reginald kini diletakkan dalam pantauan selama 2 tahun dalam mana-mana ekosistem Riot.

Seorang pemantau akan sentiasa berada bersama pekerja TSM dimana mereka boleh membuat laporan untuk apa-apa perkara tidak elok yang dibuat oleh Reginald.

Dan jika Reginald didapati melanggar peraturan pemantauan ini, dia akan dikenakan penalti yang sangat berat.

Kesimpulan ini dibuat adalah dari hasil siasatan oleh 14 orang individu yang berkaitan oleh Riot dengan mengikuti semua tuduhan yang dibuat terhadap Reginald melalui bekas pemain TSM.

Tuduhan ini termasuk sentiasa membuli secara lisan dan kemudiannya ditambah dengan memalukan orang itu di khalayak ramai.

Malah orang yang bekerja dengan TSM juga membuat laporan yang sama melalui LCS Players Association.

Riot mendapati Reginald memang ada membuat hampir semua tuduhan yang dibuat kesalahan ini dubiat terhadap staf dan pemain hanya disebabkan prestasi tiada kaitan dengan bangsa, jantina, umur mahupun orientasi seksual.

Ini juga termasuk kerosakan emosi yang dibuat oleh Reginald.

 

RELATED NEWS

+