Riot memberi gambaran peta baru VALORANT melalui teaser terbaru

Selepas beberapa ura-ura sebelum ini, kali ini, pihak Riot Games mula memberikan sedikit petunjuk yang kemungkinan adalah peta terbaru mereka.

Melalui laman Twitter rasmi PlayVALORANT, Riot menunjukkan beberapa teaser yang menunjukkan ciri-ciri peta baru yang berkaitan antara satu sama lain. 

Di dalam teaser itu memperlihatkan ciri-ciri peta baru seperti satu reaktor yang tidak stabil yang menjadi punca munculnya satu lubang yang besar pada bumbung fasiliti. Malah, dikatakan pada sisi portal itu, terdapat tali yang seakan-akan di Icebox. 

Riot juga ada memperlihatkan satu gambar penuh bagi peta baru melalui ciapan di Twitter. 

Dijangkakan peta baru ini akan dilancarkan pada 8 September, serentak dengan berakhirnya Episode Three, Act One dan bermulanya Act Two.

Di samping pelancaran peta baru ini, kejohanan VALORANT Championship Tour (VCT) Masters Berlin akan berlangsung pada 9 September iaitu sehari selepas pelancaran peta baru. 

Sumber: dotesports.com

RELATED NEWS

+