Riot memperlihatkan gameplay awal Project L

Riot Games kali ini memperlihatkan projek terbaru mereka, sebuah permainan fighting 2.5D yang berasaskan champions daripada dunia League of Legends, sedang dibangunkan mereka sejak 2019 iaitu Project L.

Di dalam video pendek itu, Project L adalah permainan assist-based fighter di mana pemain boleh mengawal kedua-dua karakter dan boleh meminta ‘bantuan’ daripada champion kedua itu. 

Mereka juga menyatakan, kawalan di dalam permainan ini juga memainkan peranan penting. Pemain perlu bersedia dengan konsep “mudah untuk belajar, sukar untuk mahir,”.

Buat masa ini Project L masih lagi di dalam peringkat pembangunan dan dijangka akan dijadualkan pelancarannya sekitar separuh kedua 2022 dan akan tiba di pelbagai platform.

Sumber: GamingonPhone. IGN SEA

RELATED NEWS

+