Musim kedua Arcane hampir tiba, dan peminat tak sabar menantikan penamat saga epik Riot.
Lebih menarik, semua permainan Riot seperti League of Legends, VALORANT, Teamfight Tactics, Wild Rift, dan Legends of Runeterra akan menerima kandungan bertemakan Arcane.
Anda boleh bermain ARAM di Piltover’s Bridge of Progress, menggunakan skin Vi dari trailer terdahulu, dan menambah Ambessa Medarda ke senarai champion anda. League juga akan memperkenalkan tier skin baru, Exalted, yang memberi pengalaman cerita Jinx dari Arcane.
TFT akan menampilkan watak seperti Powder dan mekanik baru dalam Set 13. Sementara itu, VALORANT bakal menerima bundle bertema Arcane, walaupun butirannya masih dirahsiakan.
Semua ini bagi menyambut pelancaran musim kedua Arcane di Netflix pada 9 November.
Foto: Riot Games
Artikel ini diterjemah dari DOT Esports. Artikel asal boleh dibaca di SINI.
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!