Riot meraikan pemain VALORANT Asia Tenggara dengan karya seni eksklusif

Dengan hujung tahun yang semakin hampir, peminat VALORANT di mana-mana akan mempunyai banyak yang diharapkan untuk permainan pada tahun 2022. Tetapi sebelum 2021 berakhir, Riot Games Asia Tenggara memberi peluang kepada peminat untuk memenangi sebuah item eksklusif dari Riot Games.

Selepas 12 hari aksi panas, kejohanan VALORANT Champions yang julung kali diadakan di Berlin menyaksikan 16 pasukan terbaik di dunia bersaing untuk merebut gelaran juara dunia VALORANT. VALORANT Champions adalah detik penting bagi rantau Asia Tenggara dengan 3 wakil serantau tiba di Berlin.

X10, Team Secret dan Full Sense membawa bakat dan permainan serantau yang unik ke pentas global dan membantu menetapkan piawai untuk e-sukan VALORANT di rantau ini.

Walaupun baru dilancarkan lebih setahun lalu, VALORANT menjadi salah satu permainan penembak taktikal paling popular di dunia dengan purata lebih daripada 14 juta pemain PC dari seluruh dunia yang log masuk setiap bulan.

Di Asia Tenggara, e-sukan VALORANT menyaksikan pertumbuhan yang ketara sepanjang tahun lalu. 1200 pasukan menyertai seluruh ekosistem VCT 2021 di Asia Tenggara dengan 6500+ pemain unik berdaftar.

“Kami berterima kasih atas sokongan yang ditunjukkan oleh pasukan dan peminat kami pada tahun pertama e-sukan VALORANTkami dan berharap untuk membawa lebih banyak pertandingan menarik pada tahun baharu,” kata Ketua Esports untuk Riot Games Asia Tenggara, Taiwan, Hong Kong dan Macau, Chris Tran.

Dalam meraikan kejayaan tahun pertama e-sukan VALORANT, Riot Games Asia Tenggara bekerjasama dengan artis visual Singapura yang terkenal, Sam Lo, untuk mencipta tiga karya seni rekaan khas yang eksklusif, setiap satu mencerminkan intipati pasukan Valorant terbaik Asia Tenggara: X10, Team Secret dan Full Sense.’

Sam Lo adalah seorang artis visual yang berpangkalan di Singapura dengan permulaan yang sederhana sebagai artis urban.

Karya Lo meneroka tema yang berbeza merentas pelbagai medium daripada mural dicat semburan berskala besar kepada arca ukiran tangan yang halus, masing-masing menangani kisah berbeza melalui lensa sorang artis.

Sebagai peneraju dalam dunia seni visual, karya terkenal Lo termasuk mereka bentuk kedai utama Nike Asia Tenggara yang pertama di Lapangan Terbang Jewel Changi dan mural di Muzium Seni Singapura.

Peminat berpeluang memiliki salinan karya seni eksklusif ini melalui kempen Fanart of Greatness. 

Dengan menyerahkan penyertaan fanart kreatif, 10 peminat teratas setiap pasukan akan berpeluang memenangi salinan karya seni yang ditandatangani oleh ahli X10, Team Secret atau Full Sense. 20 naib juara bertuah juga akan berpeluang memenangi pad tetikus VALORANT Birthday Bash.

Butiran tentang cara untuk mengambil bahagian dan pengumuman pemenang akhir bulan ini boleh didapati di halaman Facebook Valorant setiap negara Asia Tenggara.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA

RELATED NEWS

+