Riot sahkan, Victor daripada Team Envy positif

Selepas Nivera daripada Team Liquid disahkan positif Covid-19 dua hari sebelum kejohanan, hari ini Riot mengesahkan seorang pemain pasukan Team Envy pula disahkan positif ketika VCT Champions 2021. 

Berikutan berita ini, kemungkinan akan berlaku sedikit perubahan pada jadual perlawanan VCT Champions. 

Victor meluahkan rasa kesedihannya melalui media sosialnya selepas disahkan positif “Sayasangat sedih kerana sudah merosakkan pengalaman LAN bagi pasukan saya dan pihak lawan. Saya kecewa. Di samping itu, terima kasih Riot kerana menguruskan hal ini dengan baik,”

Pihak Riot kelihatannya sudah cukup bersedia menghadapi situasi seperti ini agar kejohanan masih boleh dijalankan mengikut tempoh masa yang ditetapkan sementara masih menjaga keselamatan dan kesihatan pemain dan petugas. 

VALORANT Champions 2021 akan terus berlangsung sehingga 12 Disember ini. 

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+