Riot umumkan acara khas Undercity Night!

Semangat sambutan RiotX Arcane oleh pihak Riot Games masih lagi dirasai selepas tiga episod Act 2 Arcane ditayangkan pada hujung minggu lalu.

Kali ini, pihak Riot mengumumkan pelancaran sebuah acara amal iaitu Undercity Night, di mana pembangun Riot akan menentang streamer terpilih dengan menawarkan jumlah derma sebanyak AS$100,000 (RM416,300) daripada Riot kepada tabung amal global pilihan mereka. 

Pembangun Riot Games dan streamer akan berentap di dalam semua permainan PC Riot Games. Acara ini akan berlangsung pada 20 November dan ia akan ditayangkan di saluran Twitch dan YouTube Riot Games. 

Menjelang tayangan Act 3 Arcane, pihak Riot bersama streamer pilihan juga akan melaksanakan ‘drop’ ganjaran buat para peminat pada 19 dan 20 November ini. 

Selain itu, Riot juga akan meraikan beberapa kandungan bagi permainan mereka sepanjang acara ini berlangsung iaitu:

VALORANT

Pelancaran agen terbaharu, Chamber yang akan dilancarkan pada 16 November ini.

League of Legends

Pra-musim LoL 2022 akan dilancarkan pada 16 November ini. Skin Vi bersempena Arcane juga akan dilancarkan di dalam masa terhad bersama Keystone, Objective Bounties dan Hextech dan Chemtech Drake. 

Teamfight Tactics

Mekanik kerjasama terbaru akan diperkenalkan pada 17 November ini melalui mod ‘Double Up’.

Acara Riotx Arcane ini akan berlangsung sehingga 30 November ini. Barangan istimewa bertemakan siri animasi Arcane boleh dikumpul melalui laman khas Riotx Arcane. Laman itu akan terus dibuka sehingga hujung bulan ini.

Sumber: AFK Gaming

RELATED NEWS

+