Riot umumkan lokasi Wild Rift: Horizon Cup, kejohanan antarabangsa pertama!

Riot Games hari ini mengumumkan kejohanan antarabangsa pertama bagi permainan mudah alih mereka, League of Legends: Wild Rift iaitu Wild Rift: Horizon Cup.

Kejohanan dunia Wild Rift: Horizon Cup ini akan berlangsung bermula 13 hingga 21 November di Suntec, Singapura. 

Wild Rift sudah diperkenalkan kepada dunia sejak awal tahun ini, di samping permintaan peminat untuk mengadakan kejohanan e-sukan bagi peringkat global juga semakin meningkat. 

Walaupun pelbagai kejohanan diperingkat wilayah sudah pun berlangsung sepanjang tahun ini, mereka juga sudah menetapkan sebuah kejohanan di peringkat global bagi menandakan penamat setiap musim yang melibatkan semua wilayah. 

“Wild Rift: Horizon Cup adalah satu daripada banyak pelan kami untuk menunjukkan komitmen bagi peminat permainan mudah alih di seluruh dunia. Kami teruja untuk berkongsi lagi tentang apa yang kami sediakan untuk masa depan sukan ini, kelak,” kata Leo Faria, Ketua Global bagi Wild Rift Esports.

Buat masa ini, tarikh kejohanan kelayakan, prize pool, jadual tayangan dan format masih belum diumumkan.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman League of Legends: Wild Rift.

RELATED NEWS

+