Rippo terbang pergi ke mana tu?

[KEMASKINI] Rippo ingin rehat sebulan setengah sementara ‘off season’.

Rippo adalah salah seorang pemain profesional dari Malaysia untuk permainan peranti mudah alih popular, Mobile Legends. Beliau giat aktif dalam pasukan dari negara seberang iaitu Bigetron Alpha dari Indonesia.

Pasukan beliau hampir ke peringkat akhir Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI 2021). Namun, tewas di tangan Blacklist International dari Filipina.

Jurulatih pasukan Belletron iaitu Razeboy memuat naik story di Instagram dengan mengucapkan selamat tinggal kepada Rippo.

Ditambah lagi dengan status dari Bottle yang mendoakan agar Rippo menaiki kapal terbang dengan selamat.

Kemana arah tuju Rippo ketika ini? Instagram story yang dimuat naik kembali oleh Rippo menjadi tanda tanya adakah beliau akan berehat panjang kerana off season atau ada sesuatu yang terjadi?

Persoalan ini masih belum terjawab dan pihak kami sedang cuba menghubungi beliau untuk mengulaskan perkara ini dengan lebih lanjut.

Kita nantikan jawapan dari tuan badan itu nanti.

RELATED NEWS

+